Bil Perkhidmatan Tempoh Masa Penyelesaian
1. Memproses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukarganti dengan Tanah Luar Simpanan Melayu 30 Hari Bekerja
2. Memproses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan Isytihar Syarikat, GLC, Institusi dan individu sebagai “Melayu” mengikut seksyen 19 Undang-undang No.63 (Tanah Simpanan Bagi Orang-orang Melayu). 30 hari bekerja
3. Memproses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan Pemerolehan Tanah oleh Warganegara dan Syarikat Asing 30 hari bekerja
4. Menerima dan memproses permohonan pindah milik tanah Bersyarat Sekatan Kepentingan di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara seperti berikut:

  • Dengan kebenaran Majlis Mesyuarat Kerajaan tanpa menggunakan Sistem e-Consent.
30 hari bekerja