UNIT ‘M’

  1. Menerima dan memproses Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah Bersyarat Sekatan Kepentingan.
  2. Menerima dan memproses Permohonan Pengistiharan Sebagai  ‘Melayu’  di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No. 63  ( Tanah Simpanan Bagi Orang-orang Melayu ).
  3. Menerima dan memproses Permohonan Pengistiharan Sebagai  ‘Melayu’ bagi Hakmilik Strata.
  4. Menerima dan memproses Permohonan Mencabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan Menukar Ganti dengan Tanah Luar Simpanan Melayu.
  5. Menerima dan memproses Permohonan Perolehan Tanah oleh Warganegara / Syarikat Asing.
  6. Menerima dan memproses Permohonan Menggadai Tanah Yang Bersyarat Sekatan Kepentingan.
  1. Borang Pemerolehan Tanah Oleh Warganegara Asing (F & F1) atau Syarikat Asing (E & E1) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah.
  1. Alamat penuh premis / hartanah yang ingin dimiliki.
  1. Surat Akuan Berkanun bagi mengesahkan sumber pembiayaan. Surat tersebut hendaklah surat yang asal.
  1. Salinan surat perjanjian jual beli tanah yang telah disahkan ( harga hartanah hendakah melebihi RM500,000.00 dan ke atas berkuatkuasa 01.01.2010 ).
  1. Salinan kad pengenalan / passport pemohon suami isteri yang telah disahkan.
  1. Pelan Kunci dan Pelan Lokasi tanah yang lengkap (berasingan)– bersaiz A4.
  1. *Akta Tubuh / Memorandum of Articles of Association Syarikat yang berkenaan di bawah Akta Tubuh Syarikat, 1965 yang antara lainnya mengandungi :

    a) Perakuan Perbadanan Syarikat
    b) Mempunyai peruntukan kuasa memperolehi atau memiliki tanah.

  2. *Borang 24 dan 49, di bawah Akta Syarikat, 1965 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  1. *Maklumat Syarikat yang dikeluarkan oleh Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mengandungi :

    a)         Maklumat syarikat
    b)         Jenis Perniagaan
    c)         Maklumat Pegawai / Pengarah
    d)         Pemegang syer / Untukan Syer
    e)         Maklumat Penyata Kewangan
    f)          Lain-Lain

  2. *Kegiatan – kegiatan yang sedang dijalankan oleh Syarikat berkenaan sekarang ini.
  1. Menyatakan dan menghuraikan tujuan untuk memiliki tanah tersebut.
  1. Salinan Surat Hakmilik / geran yang telah diakui sah.**
  1. Perakuan Carian Rasmi (Aturan Tanah 25 – JADUAL IV Kanun Tanah Negara) yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah (jika hakmilik Pejabat Tanah) / Pendaftar Surat Hakmilik Negeri Kedah Darul Aman (jika hakmilik Pendaftar). Perakuan Carian Rasmi itu hendaklah yang asal dan terkini.**
  1. Surat persetujuan daripada pihak yang berkepentingan atas tanah yang memberi persetujuan bahawa ia bersetuju dan tiada halangan atas permohonan ini.
    1. Maklumat Syarikat Pemaju yang dikeluarkan oleh Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mengandungi :

      a)         Maklumat syarikat
      b)         Jenis Perniagaan
      c)         Maklumat Pegawai / Pengarah
      d)         Pemegang syer / Untukan Syer
      e)         Maklumat Penyata Kewangan
      f)          Lain-Lain

    2. Maklumat projek daripada pemaju yang mengandungi :

a)         Nama projek (Nama Taman)
b)         Cadangan pembangunan perumahan atas lot tersebut
c)         Nombor Lesen Pemaju Perumahan
d)         Nombor Permit Iklan Dan Jualan
e)         Jenis Hakmilik
f)          No. Rujukan Kebenaran Merancang
e)         Pihak Berkuasa Yang Meluluskan Pelan
f)          Tarikh Jangkasiap
g)         Arkitek

  1. Salinan resit cukai tanah tahun semasa yang diakui sah.
  1. Bayaran proses permohonan RM100.00
  1. Bayaran kelulusan permohonan adalah seperti berikut :

Kategori Tanah

i) Rumah Kediaman

a.         Individu           RM1,000.00/lot
b.         Syarikat          RM2,000.00/lot

ii) Bangunan Perniagaan
a.        Individu           RM2,000.00/lot
b.        Syarikat          RM4,000.00/lot

iii)  Pertanian
a.         Individu           RM2,000.00/lot
b.         Syarikat          RM4,000.00/lot

  1. Surat kebenaran daripada FIC sekiranya tanah yang ingin dimiliki itu adalah bersyarat  Bangunan untuk tujuan perniagaan dan lain-lain lagi. Tanah bersyarat Bangunan untuk tujuan kediaman dikecualikan.
  1. Laporan nilaian daripada Penilai Berlesen atau Jabatan Perkhidmatan Dan Perkhidmatan Harta (JPPH). [Keputusan MMK Cabutan bertarikh 06 Mei 2009].
  1. Semua permohonan Pemerolehan Tanah Oleh Kepentingan Asing ini hendaklah dikemukakan terus kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Negeri Kedah Darul Aman, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

*     Sekiranya permohonan daripada syarikat

**   Sekiranya hartanah yang ingin dimiliki adalah kondominium, apartmen dan  sebagainya, pemohon hendaklah menunggu sehingga hakmilik strata dikeluarkan  sebelum mengemukakan permohonan.

1.  1.   TANAH PERTANIAN

  i)   SEKATAN

Warganegara Asing tidak dibenarkan memiliki tanah pertanian.

 ii)   KELONGGARAN

Permohonan untuk memiliki tanah pertanian oleh Warganegara / Syarikat Asing.

a) Untuk pembangunan pertanian berbentuk teknologi tinggi yang disahkan oleh badan-badan seperti PORLA, PORIM, MARDI dan sebagainya.

b) Sebagai kawasan tambahan kepada tanah industri yang telah diluluskan.

c) Sebagai kawasan untuk pengeluaran bahan mentah yang menyokong industri yang telah mendapat kelulusan.

d) Untuk menempatkan semula industri yang tidak lagi sesuai di lokasi sekarang.

e) Untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, marina, padang golf, holiday homes dan sebagainya.

f) Tanah pertanian yang terletak di dalam kawasan bandar yang mengikut Pelan Tempatan dizonkan untuk kegunaan selain dari pertanian.

iii)   SYARAT – SYARAT SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

a) Sebuah Syarikat yang dimiliki sekurang-kurangnya 30% oleh Warganegara Malaysia hendaklah ditubuhkan.

b) Terbukti munafaat telah disalurkan melalui projek bersepadu atau proses hiliran.

c) Ada permintaan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan.

d) Menggunakan tenaga pekerja yang terdiri dari Warganegara Malaysia.

e) Sekiranya untuk tujuan 1 (ii) (b) – (d), syarat tambahan ialah :

i)  Industri yang sedang dijalankan mematuhi semua syarat yang telah  dikenakan  oleh Kerajaan.

             ii)   Terbukti telah terlaksana pemindahan teknologi dan kemahiran kepada penduduk tempatan.

iii)   Tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

iv)   Sesuai dari segi perancangan.

f) Syarat tambahan dikenakan kepada mereka yang hendak membangunkan  projek pelancongan, iaitu hendaklah terbukti berpengalaman dalam bidang  tersebut di tempat lain.

 iv)  SYARAT SETELAH MENDAPAT KELULUSAN

Bagi tujuan yang disebut di jumlahkata 1 (ii) (b) – (f) pemilik hendaklah   mengemukakan permohonan ubah syarat tanah dari pertanian kepada kegunaan  lain dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan pindahmilik. Selepas tarikh  tersebut, kelulusan akan terbatal.

Untuk projek pelancongan yang disebut dijumlahkata 1 (ii) (e) syarat-syarat ialah:

    • Mempunyai bentuk seni bina yang melambangkan ciri-ciri Malaysia.
    • Mengekalkan keadaan alam semula jadi.
    • Pajakan tidak lebih daripada 60 tahun.

v)  TATACARA

Permohonan hendaklah diserahkan dengan –

a) Pelan konsep projek ;

b) Penyata pemilikan saham

c) Laporan kemungkinan projek, pekerjaan yang akan diwujudkan punca pembekalan pekerja, pengalaman mereka yang terlibat dengan projek dan Jadual pelaksanaan projek.

     vi)  SEKATAN

Warganegara Asing tidak dibenarkan membuat tawaran (bid) ke atas tanah yang dikeluarkan Perintah Jualan di bawah Seksyen 256 dan 260 Kanun Tanah  Negara. Warganegara Asing tidak boleh memiliki tanah dalam Rizab “Melayu” di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu).

 

2.   TANAH BANGUNAN KEDIAMAN DI DALAM PROJEK PERUMAHAN

i)  SEKATAN

Warganegara Asing tidak boleh membeli tanah bangunan kediaman yang dinyatakan dibawah ini :-

  1. Rumah teres satu tingkat.
  2. Rumah kos rendah.
  3. Rumah kuota Bumiputra.
  4. Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 258 dan 260 Kanun Tanah Negara.
  5. Warganegara Asing tidak boleh memiliki tanah dalam Simpanan Melayu melainkan setelah diiktirafkan sebagai “Melayu” di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu).

       ii)   KELONGGARAN

Warganegara Asing boleh memiliki rumah kediaman mengikut kuota yangdinyatakan di bawah ini :-

  1. Rumah teres dua tingkat atau lebih dihadkan kepada tidak lebih dari 10%  dari jumlah jenis yang sama.
  2. Rumah pangsa sederhana, dihadkan kepada tidak lebih dari 10% dari jumlah unit yang sama.
  3. Rumah banglo dan rumah berbandung dihadkan kepada tidak lebih dari 10% dari jumlah jenis yang sama.
  4. Rumah pangsa mewah (termasuk kondominium, apartment, holiday homes) dengan syarat sekurang-kurangnya 30% dari jumlah unit bagi setiap blok dikhaskan untuk Warganegara Malaysia.
  5. Harga minima seunit rumah kediaman hendaklah tidak kurang daripada RM  500,000.00.

      iii)   SYARAT

Hakmilik yang dijual kepada Warganegara Asing tidak boleh ditumpukan  kepada satu lokasi sahaja.

iv)   TATACARA

  1. Pemaju dikehendaki mengenalpasti lot-lot atau unit-unit yang akan dijual kepada Warganegara Asing apabila mengemukakan pelan layout untuk diluluskan.
  2. Selepas mendapat kelulusan memindahmilik, pemaju atau pemilik hendaklah mendaftar pindahmilik dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan. Selepas tempoh tersebut, kelulusan tersebut akan terbatal. Surat pembatalan akan dikeluarkan oleh PTG.
  3. Sekiranya lot Warganegara Asing dibeli oleh Warganegara Malaysia, pemaju atau pemilik tidak akan dibenarkan menggantikan dengan lot-lot  

3.   TANAH BANGUNAN UNTUK KEGUNAAN PERNIAGAAN.

        i)   SEKATAN

Warganegara Asing tidak boleh memiliki tanah bangunan perniagaan jenis  yang dinyatakan di bawah ini :-

  1. Kedai satu dan dua tingkat.
  2. Kedai kos rendah
  3. Gerai
  4. Bengkel perkhidmatan
  5. Tanah yang dikeluarkan Perintah Jual di bawah Seksyen 258 dan 260 Kanun Tanah Negara.
  6. Tanah dalam Rizab Melayu melainkan setelah diiktirafkan sebagai “Melayu” di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu ).

       ii)   KELONGGARAN

Warganegara Asing boleh memiliki tanah jenis bangunan untuk Perniagaan  yang dinyatakan di bawah ini :-

  1. Tidak lebih dari 10% dari jumlah unit kekal tiga tingkat dan lebih.
  2. Tidak lebih dari 20% dari ruang perniagaan dalam bangunan kompleks  perniagaan dan ruang pejabat.
  3. Harga minima seunit bangunan perniagaan hendaklah tidak kurang  daripada RM 500,000.00.
  4. Tanah untuk Hospital swasta tertakluk kepada kebenaran membuka  hospital dari Kementerian Kesihatan.
  5. Tanah untuk sekolah swasta tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan.
  6. Tanah untuk bangunan Hotel.

iii)   SYARAT DAN TATACARA

Sama seperti untuk Rumah Kediaman

Pembeli hendaklah menubuhkan Syarikat yang dimiliki oleh Warganegara  Malaysia sekurang-kurangnya sebanyak 30%.

4.   TANAH UNTUK KEGUNAAN INDUSTRI

Tiada sekatan bagi Warganegara Asing untuk memiliki tanah jenis industri.

5.   TANAH LOMBONG

Dihadkan kepada syarikat yang berdaftar di Malaysia yang mempunyai penyertaan Warganegara Malaysia sekurang-kurangnya 30%.

6.   BANGUNAN DI LUAR KAWASAN PROJEK PERUMAHAN

Permohonan memindahmilik tanah di luar kawasan projek perumahan boleh  dipertimbangkan berasaskan kepada lokasi tanah, kepesatan pembangunan dan kepadatan pemilik warganegara asing yang sedia ada di kawasan yang berkenaan.

 

7.   TANAH -TANAH YANG DIWARISI

Warganegara Asing dibenarkan memiliki semua jenis tanah yang diwarisi dan bagi  tanah dalam Rizab Melayu hendaklah pewaris diiktirafkan sebagai “Melayu” di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang – Orang Melayu ).

8.   BAYARAN

Menurut Perkara 89 Aturan 37 Peraturan Tanah Kedah 1966 Pindaan 2005  berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005 ;

Kategori Tanah

i)   Rumah Kediaman
a)   Individu                         RM 1,000.00/lot
b)   Syarikat                         RM 2,000.00/lot

ii)   Bangunan Perniagaan
a)   Individu                         RM 2,000.00/lot
b)   Syarikat                         RM 4,000.00/lot

iii)  Pertanian
a)   Individu                         RM 2,000.00/lot
b)   Syarikat                         RM 4,000.00/lot 

9.   HAKMILIK YANG TELAH DIBUAT PERJANJIAN JUAL BELI

Semua hakmilik yang telah dibuat Surat Perjanjian jual beli tanah pada atau sebelum 30 Jun 1992 tidak tertakluk kepada kuota – kuota yang dinyatakan di atas. Sungguhpun demikian, permohonan hendaklah dimajukan bersama-sama dengan salinan Surat Perjanjian Jualbeli yang disahkan.

10.  PINDAHMILIK BERIKUTAN.

Pindahmilik berikutan hendaklah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

JADUAL ………………
(Kaedah Tanah ……………………)

KANUN TANAH NEGARA

PERMOHONAN UNTUK MENDAPAT KEBENARAN PEMEROLEHAN
TANAH/KEPENTINGAN MENGENAI TANAH OLEH WARGANEGARA ASING

(Satu Borang Untuk Satu Permohonan)

 

 

Untuk Kegunaan Pejabat

Permohonan ………………………………………………………………………..

diterima oleh saya pada ……….. haribulan ……………………. 20 ……..

pada jam: ……………….. pagi/petang.

No. Daftar Ikut Buku
Daftar Permohohan
………………………………………..
Pendaftar/Pentadbir Tanah

 

Kepada :

Pentadbir Tanah,

………………………………..

1.         *Saya/Kami ………………………………………………………………… dengan hormatnya
ingin memohon kebenaran untuk memiliki tanah sepertimana butir-butir yang disertakan.

2          *Saya/Kami mengaku segala maklumat yang diberikan adalah semuanya benar belaka dan saya/kami juga faham bahawa jika maklumat yang diberikan didapati tidak betul, ianya akan menyebabkan sebarang kelulusan yang diberikan akan ditarik balik dengan serta merta dan tanpa sebarang notis.

 

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya            )
diakui oleh yang tersebut namanya diatas           )
iaitu ……………………………………………….           )
di …………………………………………………..           ) …………………………………………………
di Negeri ………………………………………….          ) Tandatangan *Pemohon/Pemohon-
pada ………. hb ……………………….20 ……            )                       Pemohon

Di hadapan saya

 

………………………………………………………………………………
(Hakim Mahkamah Session, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah)

 

 

 

BAHAGIAN A – MAKLUMAT PEMOHON

1.       Butir-Butir Peribadi Pemohon

Bil.

Butir-Butir

Pemohon

*Suami/Isteri

1.1

 

Nama

1.2

 

*No. Pasport/Kad Pengenalan/Lain-lain pengenalan rasmi

1.3

 

Tarikh lahir

1.4

 

Bangsa

1.5

 

Taraf Warganegara

1.6

 

Taraf perkahwinan

1.7

 

Pekerjaan

1.8

 

Purata Pendapatan

1.9

 

Telefon:
a) Pejabat
b) Rumah

(Bagi pemohon individu yang lebih daripada seorang, maklumat yang sama mengenai tiap-tiap pemohon hendaklah disertakan juga)

1.9 Alamat Di Luar Negara :  

………………………………………………………………….

…………………………………………………………………

1.10 Alamat Tempat Tinggal di Malaysia :  

………………………………………………………………….

…………………………………………………………………

1.11 Alamat Surat Menyurat: Jika Lain Dari Perenggan 1.10.  

………………………………………………………………….

…………………………………………………………………

 

 

2.       Butir-Butir *tanah yang telah dimiliki/kepentingan mengenai tanah yang dipegang di Malaysia.

2.1     *Saya /Kami (suami/isteri) ada memiliki tanah-tanah berikut:-

 

Bil.

Negeri

(1)

Daerah

(2)

*Bandar/ Pekan/
Mukim

(3)

*No.       Lot/      Petak /P.T.

(4)

Perihal dan No. Hakmilik

(5)

Bahagian  Tanah
(jika ada)

(6)

No. Berdaftar
*Pajakan/ Pajakan Kecil
(jika ada)

(7)

No. Ber-daftar Gadaian
(jika ada)

(8)

 

Keluasan

(9)

Kegunaan Tanah

Jenis *Bangunan/
Tanaman yang sedia ada/Tanah
kosong

(12)

Catitan

(13)

Kategori

 

(10)

Syarat Nyata

(11)

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN B –       MAKLUMAT TANAH/KEPENTINGAN MENGENAI TANAH YANG HENDAK DIMILIKI

1.       Tanah Kerajaan (butir-butir mengenai tanah yang dipohon)

*Mukim/Bandar/Pekan ……………………No. Plot/Lot (jika ada) ……..…………

Tempat ……………………………… Sempadan – Utara ………………..…….                                                                               Selatan ………….………..
Timur……………………….
Luas  ………………………………………..           Barat………………………..

Kategori/Syarat ………………………………………………………………………………

Pelan lakar hendaklah disertakan.

2.       Tanah Milik

2.1     Butir-butir tanah yang dipohon:-

Daerah

(1)

*Bandar/ Pekan/
Mukim

(2)

*No. Lot/      Petak/ P.T.

(3)

Perihal dan No. Hakmilik

(4)

Bahagian  Tanah
(jika ada)

(5)

No. Berdaftar
*Pajakan/ Pajakan Kecil
(jika ada)

(6)

No. Ber- daftar Gadaian
(jika ada)

(7)

 

Keluasan

(8)

Kegunaan Tanah

Jenis *Bangunan/
Tanaman yang sedia ada/Tanah
kosong

(11)

Harga

(12)

Catitan

(13)

Kategori

 

(9)

Syarat Nyata

(10)

 

 

 

 

 

 

2.2. Butir-Butir Tuan Punya Tanah (Asal)

Nama ………………………………………………………………………………………………………

Warganegara ………………………………….      Bangsa ……………………………………….

No. Kad Pengenalan/
Pasport                  ………………………….       Alamat…………………………………………

…………………………………………
…………………………………………

 

3.       CADANGAN PEMBANGUNAN DI ATAS TANAH YANG DIPOHON

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

 

 

BAHAGIAN C – CARA PEMEROLEHAN

1.       Pelupusan
2.       Pindahmilik
3.       Turunmilik
4.       Perletakhak (oleh Mahkamah)
5.       Lain-lain (sila nyatakan) ……………………………………………..

 

BAHAGIAN D – [ Untuk Kegunaan Pejabat ]

1.       Ulasan/Perakuan Pentadbir Tanah

 

 

 

…………………………………
Pentadbir Tanah

 

2.       Keputusan

 

 

 

Catitan :      jika permohonan ini diluluskan, keluasan hanya untuk *Lot/Plot/Petak yang dipohon saja dan tidak boleh ditukar kepada atau digantikan dengan *Lot/Plot/Petak yang lain.

 

 

*Potong Mana Yang Tidak Berkenaan

 

SCHEDULE ………………
(Land Rule ……………………)

NATIONAL LAND CODE

APPLICATION FOR PERMISSION TO ACQUIRE LAND/
INTEREST IN LAND BY A FOREIGN CITIZEN

(One Form For Each Application)

 

 

For Office Use

Application ..…………………………………………………………………………

in received by me on ……….. day of …………..…………………. 20 ………

at : ……………….. a.m/p.m.

 

Registration No. According to the
Register of Applications :

………………………………………..
Registrar/Land Administrator

 

Land Administrator,

…………………………

 

1.         *I/We ………………………………………………………………………….. hereby would like to apply for permission to acquire land, the particulars of which are as attached.

 

2          *I/We affirm that all information given are correct and *I/We understand that if any the information given is found to be false, it will result in the approval given being withdrawn forthwith and without any further notice.

 

Signed and solemnly declared by        )
conscientiously by the above named    )
)
at                                                       )         …………………………………..
in the state of                                    )         Signature of applicants
dated this              day of          , 20    )

In the presence of

………………………………………………………..
(Sessions Court Judge, Magistrate, Commissioners for Oaths)

 

PART A – PARTICULARS OF THE APPLICANT

1.       Personal details of the applicant

No.

Particulars

Applicant

*Spouse

1.1

 

Name

1.2

 

*Passport No. / Identity Card / other official identification

1.3

 

Date of birth

1.4

 

Race

1.5

 

Citizenship

1.6

 

Marial status

1.7

 

Occupation

1.8

 

Salary

1.9

 

Telephone:
a) Office
b) Home

(For individual applicants exceeding – one person, the same particulars relating to each applicants has to be submitted)

1.9 Address outside the country :  

……………………………………………………………..

……………………………………………………………..

1.10 Address of residence in Malaysia :  

……………………………………………………………..

……………………………………………………………..

1.11 Address for correspondence if different from paragraph 1.10.  

……………………………………………………………..

……………………………………………………………..

 

2.       Details of *land owned/interest in land held in Malaysia.

2.1     *I/We (husband/wife) currently own the following land/s :-

 

No.

State

(1)

District

(2)

*Town/ Village/
Mukim

(3)

*Lot/       Parcel/P.T. No.

(4)

Description and No. of title

(5)

Share of Land (if any)

(6)

Register-ed No. of *Lease/ Sublease (if any)

(7)

Register-ed No. of charge  (if any)

(8)

 

Area

(9)

Land Use

Type of * Building/existing crop/vacant land

(12)

Remarks

(13)

Category

(10)

Express Condition

(11)

 

 

 

 

 

 

 

PART B –     PARTICULARS OF LAND/INTEREST IN LAND TO BE ACQUIRE

1.       State land (details relating to land applied for)

*Town/Village/Mukim ………………………*Plot/Lot No. (if any) ………………

Location ……………….…………………… Boundaries –         North ……………….                                                                                                          South …..…………..
East   ……………….
Area   ………………………………………………..           West  ……………….

Category/Condition …………………………………………………………………………

Sketch plan is to be attached.

 

 

2.       Alienated

2.1     Details relating to land applied for :-

District

(1)

*Town/ Village/
Mukim

(2)

*Lot/       Parcel/P.T. No.

(3)

Description and Title No.

(4)

Share of Land       (if any)

(5)

Registered No. of *Lease/ Sublease       (if any)

(6)

Registered No. of charge    (if any)

(7)

 

Area

(8)

Land Use

Type of *Building/existing crop/vacant land

(11)

Price

(12)

Remarks

(13)

Category

(9)

Express Condition

(10)

 

 

 

 

 

 

2.2. Details of the Original Proprietor of Land

Name ………………………………………………………………………………………………………

Citizenship …………………………………….      Race ….……………………………………….

Identity Card/
Passport No.          ………………………….       Address ……………………………………….
………………………………………
………………………………………

 

 

3.       PROPOSED DEVELOPMENT OF LAND APPLIED FOR :-

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

 

PART C – METHOD OF ACQUISITION

1.       Disposal
2.       Transfer
3.       Transmission
4.       Vesting (by the Court)
5.       Others (Please state) ………………………………………………….

 

PART D – [ For Office Use ]

1.       Comments/Recommendation of Land Administration

 

 

 

…………………………………
Land Administration

 

2.       Decision

 

 

 

Note :      If this application is approved, the approval is only in respect of the *Lot/Plot/Parcel applied for and cannot be changed for or substituted with another Lot/Plot/Parcel.

 

 

* Delete whichever is not applicable

TANAH REZAB MELAYU
( Keluasan dalam hektar [ semakan keluasan yang di gezet Sehingga Februari 2008
daripada Permohonan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu Dan Digantikan
Dengan Tanah Luar Simpanan Melayu ] )
Bil Daerah TANAH REZAB MELAYU
Asal Batal Ganti Sekarang
1 Kota Star 62,032.04 789.08 16.71 61,259.67
2 Kuala Muda 60,785.50 76.79 60,862.29
3 Kubang Pasu 71,733.48 233.27 1,147.80 72,648.01
4 Baling 152,547.70 58.39 69.99 152,559.30
5 Kulim 40,855.58 95 27.07 40,787.65
6 Padang Terap 133,851.38 133,851.38
7 Sik 160,519.82 1,400.55 159,119.27
8 Yan 21,578.24 25.07 7.98 21,561.15
9 Bandar Baharu 21,543.89 21,543.89
10 Langkawi 62,276.25 277.64 61,998.61
11 Pendang 61,673.68 6.28 61,667.40
12 Pokok Sena 20,708.30 244.02 20,952.32
JUMLAH 870,105.86 2,885.28 1,590.36 868,810.94
+

LAMPIRAN “A”.

SYARAT-SYARAT DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK DIIKTIRAF SEBAGAI “ MELAYU ” DI BAWAH SEKSYEN 19, UNDANG-UNDANG NO.63, ( TANAH SIMPANAN BAGI ORANG-ORANG MELAYU ) UNTUK MEMILIKI TANAH SIMPANAN MELAYU DI NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

1.     Akta Tubuh / Memorandum of Articles of Association Pertubuhan / Badan / Syarikat yang  berkenaan  di bawah Akta Tubuh Syarikat, 1965 yang antara lainnya mengandungi :

      a)  Perakuan Perbadanan Pertubuhan / Badan / Syarikat persendirian
b)  Mempunyai peruntukan kuasa memperolehi atau memiliki tanah.

2.   Senarai Ahli / Jemaah Pengarah / Pengarah-Pengarah / Pemegang -pemegang Saham.

3.    Pertubuhan / Badan / Syarikat dengan menyertakan borang 24 dan 49, di bawah Akta Syarikat, 1965 yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan / Pendaftar Syarikat ikut mana yang berkenaan.

4.  Maklumat Syarikat yang dikeluarkan oleh Pendaftar Syarikat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang mengandungi :

       a) Maklumat Syarikat
b) Jenis Perniagaan
c) Maklumat Pegawai / Pengarah
d) Pemegang Syer / Untukan Syer
e) Maklumat Penyata Kewangan
f)  Lain-Lain

5.     Perakuan Carian Rasmi ( Aturan Tanah 25 – JADUAL IV Kanun Tanah Negara ) yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Daerah ( jika hakmilik Pejabat Tanah ) / Pendaftar Surat Hakmilik Negeri Kedah Darul Aman ( jika hakmilik Pendaftar ). Perakuan Carian Rasmi itu hendaklah yang asal.

6.      Surat persetujuan daripada tuan tanah atau pihak yang berkepentingan atas tanah yang memberi persetujuan bahawa ia bersetuju menjual / memindah milik tanah berkenaan kepada syarikat tersebut atau salinan surat perjanjian jual beli yang disahkan.

7.     Surat persetujuan daripada pihak yang berkepentingan atas tanah yang memberi persetujuan bahawa ia bersetuju dan tiada halangan atas permohonan ini.

8.    Menyatakan dan menghuraikan tujuan dijalankan oleh Pertubuhan / Badan / Syarikat itu hendak memiliki tanah tersebut.

9.      Kegiatan – kegiatan yang sedang dijalankan oleh Pertubuhan / Badan / Syarikat berkenaan sekarang ini ( jika perlu ).

10.     Pemegang – pemegang Saham dan Pengarah – Pengarah hendaklah terdiri dari 100 % orang Melayu atau mengikut keperluan tertentu.

11.     Tanah yang hendak dimiliki itu adalah Tanah Simpanan Melayu.

12.    Nama Pertubuhan / Badan / Syarikat itu hendaklah melambangkan nama “Melayu” ( Kertas MMK.No:739/84).

13.  Tujuan pemilikan tanah itu hendaklah memberi keutamaan dan kepentingan objektifnya kepada orang Melayu – Kertas MMK. No:366/73 atau mengikut keperluan tertentu.

14.     Bayaran permohonan adalah RM 50.00/lot.

15.     Bayaran kelulusan istihar Melayu adalah seperti berikut :

        i)   Badan Berkanun / Agensi Kerajaan           RM 5,000.00/lot
ii)  Individu                                                       RM    500.00/lot
iii) Badan Persendirian                                    RM    500.00/lot
iv) Syarikat Persendirian / Swasta                  RM 5,000.00/lot

16.     Semua permohonan – permohonan untuk diistiharkan sebagai “Melayu” hendaklah dikemukakan terus kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Negeri Kedah Darul Aman, Wisma Negeri, Alor Setar atau melalui Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan sekiranya diarahkan oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.

KAK/LampiranMelayu
PERMOHONAN MENGISHTIHARKAN SESEBUAH SYARIKAT SEBAGAI “MELAYU” BAGI MAKSUD MEMILIKI TANAH DI DALAM SIMPANAN MELAYU ATAU LOT UNTUK ORANG MELAYU.

Pengishtiharan syarikat sebagai “Melayu” adalah di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu ).
Di bawah Undang-Undang No. 63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu ) ini, telah disenaraikan di bawah Jadual 2, syarikat-syarikat atau badan-badan yang telah diishtiharkan selamanya untuk memiliki mana-mana Tanah Simpanan Melayu di dalam negeri Kedah ini. Selain daripada yang tersenarai di dalam Jadual 2 tersebut, permohonan untuk pengishtiharan sebagai “Melayu” mestilah dibuat secara kes demi kes bagi sesebuah syarikat itu memiliki mana-mana tanah di dalam Simpanan Melayu atau Lot Untuk Orang Melayu. Bagi pengishtiharan syarikat sebagai “Melayu” bagi kes demi kes ini, syarikat tersebut tidak digezet ke dalam Jadual 2, sebagai Melayu memandangkan pengishtiharan sebagai “Melayu” itu dibuat setiapkali sesebuah syarikat itu hendak memiliki mana-mana tanah di dalam Simpanan Melayu atau Lot Untuk Orang Melayu.

Untuk itu, sesebuah syarikat yang hendak memiliki tanah di dalam Simpanan Melayu ataupun tanah di dalam Lot Untuk Orang Melayu mestilah diishtiharkan sebagai “Melayu“ terlebih dahulu bagi maksud memiliki tanah tersebut sahaja.

Bagi mengishtiharkan sesebuah syarikat itu sebagai ‘Melayu”, syarikat tersebut hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu dan di dalam ertikata sebenar, pegawai-pegawai ( pengarah dan pemegang saham ) syarikat hendaklah terdiri daripada orang “Melayu” sahaja. Sekiranya pemegang saham turut dipegang oleh sesebuah syarikat yang lain, maklumat syarikat tersebut hendaklah disertakan bersama-sama dengan permohonan bagi memastikan syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh orang “Melayu”. Selain daripada itu, pemohonan ini juga hendaklah disertakan dengan perkara-perkara seperti di Lampiran “A”.

Setiap permohonan perishtiharan syarikat sebagai ”Melayu” ini akan dikenakan syarat khas seperti berikut :

i)  Tidak dibenarkan melakukan sebarang urusniaga ( transaksi ) kecuali gadaian ke atas tanah ini, DAN

ii) Tidak dibenarkan mana-mana Sham Syarikat ini dipegang atau dipindahkan atau ditukar kepada Orang-Orang Bukan Melayu atau Syarikat Bukan Melayu.

Melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Syarat-syarat yang dikenakan ini bertujuan untuk mengelakkan tanah-tanah Simpanan Melayu ini dipindahmilik kepada Orang Bukan Melayu. Dengan itu, Tanah Di Dalam Simpanan Melayu ini tidak akan jatuh kepada Orang Bukan Melayu memandangkan setiapkali tanah ini diurusniaga atau ingin dipindahmilik, pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan terlebih dahulu.

PERMOHONAN MENGISHTIHARKAN SESEBUAH SYARIKAT SEBAGAI “MELAYU” BAGI MAKSUD MEMILIKI TANAH DI DALAM SIMPANAN MELAYU ATAU LOT UNTUK ORANG MELAYU.

– Pengishtiharan syarikat sebagai “Melayu” adalah di bawah Seksyen 19, Undang-
Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu ).

– Di bawah Seksyen 19, Undang-Undang No. 63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang
Melayu ) ini, permohonan pengishtiharan syarikat sebagai “Melayu” dibuat secara kes
demi kes untuk memiliki mana-mana tanah di dalam Simpanan Melayu atau Lot Untuk
Orang Melayu.

– Sesebuah syarikat yang hendak memiliki tanah di dalam Simpanan Melayu ataupun
tanah di dalam Lot Untuk Orang Melayu mestilah diishtiharkan sebagai “Melayu“
terlebih dahulu bagi maksud memiliki tanah tersebut sahaja.

– Bagi mengishtiharkan sesebuah syarikat itu sebagai ‘Melayu”, pengarah dan
pemegang saham syarikat hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh orang “Melayu” sahaja.

– Sekiranya pemegang saham dipegang oleh sesebuah syarikat yang lain, maklumat
syarikat tersebut hendaklah disertakan bersama-sama dengan permohonan bagi
memastikan syarikat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh orang “Melayu”.

– Selain daripada itu, pemohonan ini juga hendaklah disertakan dengan perkara-perkara
seperti di Lampiran “A”.

– Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.00 selepas kelulusan
diberikan menurut Peraturan Tanah Kedah Tahun 1966 (Pindaan 2005).

– Kelulusan akan diberikan dengan syarat khas yang akan dicatatkan ke dalam surat
hakmilik tanah yang berkenaan. Syarat Khas tersebut adalah seperti berikut :

i)  Tidak dibenarkan melakukan sebarang urusniaga ( transaksi ) kecuali gadaian ke atas tanah ini, DAN

ii) Tidak dibenarkan mana-mana Sham Syarikat ini dipegang atau dipindahkan atau ditukar kepada Orang-Orang Bukan Melayu atau Syarikat Bukan Melayu.

Melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN CABUT KELUAR TANAH SIMPANAN MELAYU DAN DIGANTIKAN DENGAN TANAH LUAR SIMPANAN MELAYU.

1.  Tanah Simpanan Melayu hendaklah terletak di dalam kawasan Pembangunan (Development Area) dan termasuk di dalam kawasan Persempadanan Tanah Bandar / Pekan yang diwartakan menurut KPU 5 Warta Kerajaan Negeri Kedah bertarikh 31 Mac 1994.

2.  Permohonan mestilah mengemukakan permohonan ubah jenis kegunaan tanah dan Pecahan Sempadan kepada Tanah Simpanan Melayu yang hendak dicabut keluar yang mana permohonan ini akan diangkat serentak kepada Pihak Berkuasa Negeri.

3.  Tanah Simpanan Melayu yanghendak dimajukan / cabut keluar itu mestilah diperuntuk kuota Melayu sekurang-kurangnya 30%. Tanah-tanah yang tidak dapat menyediakan Kuota ini tidak dapat dipertimbangkan.

4.  Kategori tanah mestilah sama jenis Bangunan dengan Bangunan dan Pertanian dengan Pertanian.

5.  Tanah Luar Simpanan Melayu yang hendak digantikan mestilah melebihi Tanah Luar Simpanan Melayu sekurang-kurangnya 5%.

DOKUMEN – DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN.

1.  Surat permohonan tuan tanah / tuan –tuan tanah di bawah Seksyen 4(b) Undang-Undang No.63 (Tanah Simpanan Melayu).

2.  Surat persetujuan daripada pihak yang berkepentingan atas tanah itu seperti pemegang gadaian, pengkaveat dan lain-lain (jika ada).

3.  Pelan tataletak Tanah Simpanan Melayu yang hendak dicabut keluar yang disahkan oleh Pentadbir Tanah berkenaan. Pelan tataletak tersebut mengandungi :

     i)  Luas tanah yang hendak dicabut keluar sempadan lot ditanda dengan warna
merah.

     ii)  Jenis tanah

     iii)  Pelan petunjuk (pelan kunci dan lokasi)

     iv)  No. hakmilik dan lot

4.  Jka tanah Simpanan Melayu yang hendak dicabut keluar hanya sebahagian lot sahaja, tuan tanah hendaklah mempermasuk pecah sempadan tanah kepada Pentadbir tanah setelah Kerajaan meluluskan permohonancabut keluar Tanah Simpanan Melayu untuk penyediaan pelan warta.

5.  Perakuan Carian Rasmi (salinan asal) Tanah Simpanan Melayu yang hendak dicabut keluar.

6.  Salinan hakmilik tanah Simpanan Melayu yang hendak dicabut keluar

7.  Surat persetujuan tuan tanah bagi tanah Simpanan Melayu yang bersaksikan Tuan Pentadbir Tanah (salinan asal).

8.  Surat permohonan tuan tanah / tuan –tuan tanah di bawah Seksyen 4(c) Undang-Undang No.63 (Tanah Simpanan Melayu).

9.  Tanah Luar Simpanan Melayu yang hendak dipermasuk ke dalam Simpanan Melayu hendaklah :

     i)  Tuan tanah yang berdaftar atas nama orang Melayu (Perkara 89 (4)
Perlembagaan Malaysia.

     ii)  Orang bukan Melayu tidak boleh mempunyai kepentingan di atas tanah itu

     iii)  Jenis tanah hendaklah serupa dengan Tanah Simpanan Melayu yang hendak
dicabut keluar (Perkara 89(3) Perlembagaan Malaysia).

     iv)  Luas tanah Luar Simpanan Melayu tidak melebihi luas Tanah Simpanan Melayu
yang hendak dicabut keluar (Perkara 89(3) Perlembagaan Malaysia) Perbezaan
keluasan hendaklah melebihi 5%.

10.  Jika Tanah Luar Simpanan Melayu yang hendak dipermasuk ke dalam Simpanan Melayu sebahagian lot sahaja, tuan tanah hendaklah membuat permohonan pecah sempadan tanah terlebih dahulu.

11.  Pelan tataletak tanah Luar Simpanan Melayu yang hendak dipermasuk ke dalam Simpanan Melayu disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah berkenaan pelan tataletak mengandungi :

     i)  Luas tanah yang hendak dicabut keluar sempadan lot ditanda dengan warna
merah.

     ii)  Jenis tanah

     iii)  Pelan petunjuk (pelan kunci dan lokasi)

     iv)  No. hakmilik dan lot

12.  Perakuan Carian Rasmi (salinan asal) Tanah Luar Simpanan Melayu yang hendak dipermasuk ke dalam Simpanan Melayu.

13.  Salinan hakmilik tanah Simpanan Melayu yang hendak dipermasukkan ke dalam Simpanan Melayu.

14.  Surat persetujuan tuan tanah bagi tanah Luar Simpanan Melayu yang bersaksikan Tuan Pentadbir Tanah (salinan asal).

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan terus kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman, Wisma Negeri, Alor Setar.
BAYARAN – BAYARAN MENURUT ATURAN TANAH KEDAH.

1.  Bayaran Cabut Keluar Tanah

     i)  Pertanian

Tanah Simpanan Melayu                     RM5,000.00 per 1 lot
Tanah Luar Simpanan Melayu             RM   500.00 per 1 lot

     ii)  Bangunan

         Tanah Simpanan Melayu                     RM1,000.00 per 1 lot
Tanah Luar Simpanan Melayu             RM   500.00 per 1 lot

2.  Bayaran Permohonan                              RM30.00 per 1 lot

3.  Bayaran Gezet                                         Menurut kadar Jabatan Cetak Semuka helaian RM60.00

PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK DAN GADAIAN DI ATAS TANAH YANG ADA SEKATAN KEPENTINGAN.

 

  1. Permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian di atas tanah yang ada sekatan kepentingan hendaklah dibuat kepada Pentadbir Tanah daerah berkenaan.
  1. Maklumat-maklumat / butiran-butiran yang kena disertakan bersama permohonan adalah seperti berikut:

 

  1. Borang Butir-Butir peribadi pemohon ( BAHAGIAN “ A” ).
  1. Borang  Butir-Butir Peribadi Penerima ( BAHAGIAN “ B” ).

 

  1. Butir-butir Siasatan.
  1. Salinan Sijil Carian Rasmi terkini.

 

  1. Salinan Surat Hakmilik Tanah.
  1. Salinan resit hasil tanah semasa.

 

  1. Surat persetujuan pihak yang berkepentingan di atas tanah ( jika ada ).
  1. Salinan surat perjanjian jual/beli tanah ( jika ada ).

 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan penerima.
  1. Salinan Sijil Kelahiran ( jika berkaitan ).

 

  1. Surat persetujuan anak-anak lain ( jika berkaitan ).
  1. Tarikh daftar Hakmilik mesti lebih daripada 5 tahun ( kecuali keluarga terdekat ).

 

–     Menyatakan tujuan permohonan dibuat.

  1. Sekiranya permohonan melibatkan Syarikat( pemohon atau penerima ), perlu disertakan:
    1. Maklumat Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2.   Bayaran permohonan adalah RM 100.00.