Bil Perkhidmatan Tempoh Masa Penyelesaian
1. Memproses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukarganti dengan Tanah Luar Simpanan Melayu. Dalam Tempoh 5 Hari Bekerja
2. Membuat pemantauan dan penguatkuasaan bahan batuan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (KTN 1965) di seluruh Negeri Kedah Setiap hari bekerja
3. Memberi bantuan kepada pejabat-pejabat tanah daerah seluruh Negeri Kedah untuk melakukan operasi penguatkuasaan bahan batuan dan pencerobohan tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 dan 426 KTN. Segera selepas arahan Pegawai atasan di terima
4. Menerima dan menyelesaikan aduan awam terhadap isu-isu pengeluaran bahan batuan secara tidak sah atau pencerobohan tanah Kerajaan. Dalam Tempoh 5 hari bekerja
5. Menyediakan kertas siasatan untuk pendakwaan terhadap kes-kes yang melibatkan pengeluaran bahan batuan secara tidak sah dan pencerobohan tanah Kerajaan. Dalam tempoh 30 hari bekerja