UNIT PENGUATKUASA & TEKNIKAL

  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasa ke atas pengeluaran bahan-batuan supaya semua peraturan Pekeliling Pentadbiran Tanah dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dipatuhi serta dihormati.
  • Antara aktiviti yang di jalankan:-
    • Membuat sekatan jalanraya ke atas lori-lori yang membawa bahan-batuan serta memeriksa dokumen kebenaran pengeluaran (resit-resit hasil) yang sah. Jumlah kuantiti yang dibawa juga diperiksa bagi memastikan bertepatan dengan jumlah pembayaran sepertimana yang telah ditetapkan.*Pasir (6 meter padu) = RM 18.00 sehelai resit
      *Tanah Merah (5 meter padu) = RM 10.00 sehelai resit
    • Mengambil tindakan penguatkuasa ke atas pemandu-pemandu lori serta pengusaha-pengusaha kuari yang melanggar syarat-syarat pengeluaran bahan batuan samada didenda ataupun didakwa di Mahkamah.
    • Mengumpul data-data terakhir berkenaan kuari-kuari yang beroperasi supaya mudah dikawal.
    • Memeriksa persekitaran kuari-kuari supaya tidak melanggar sempadan kebenaran , keruntuhan tebing, pencemaran kawasan sekitar dan lain-lain peraturan sedia dipatuhi.
  • Memeriksa serta memberi perhatian terhadap bantahan masyarakat berkenaan aktiviti kuari dan melaporkan perkembangan kepada Pihak Atasan.
  • Mengawal serta mencegah aktiviti pencerobohan haram ke atas tanah-tanah kerajaan dan menguatkuasakan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-
    • Bertindak sebagai penyelaras Jawatankuasa Pasukan Petugas Pencerobohan Tanah Kerajaan peringkat Negeri Kedah Darul Aman untuk mengenal pasti dan merangka strategi tindakan bagi mengatasi masalah pencerobohan.
    • Bertindak sebagai Pusat Pengumpulan Data dan Pusat Pengawalan Pencerobohan bagi pencerobohan haram bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.
    • Menjalankan rondaan-rondaan di kawasan Hutan Simpanan, Padang Ragut dan semua tanah kerajaan.
    • Menjalankan operasi pencegahan pencerobohan haram.
    • Menahan dan menangkap penceroboh-penceroboh serta didakwa di bawah 5 Seksyen 426 Kanun Tanah Negara.
  • Menguatkuasa Seksyen 127, 128, 129 Kanun Tanah Negara terhadap Pelanggaran Syarat yang di taarifkan di bawah Seksyen 125 Kanun Tanah Negara.
    • Menjalankan pemeriksaan ke atas tanah-tanah bermilik yang di kerjakan/gunakan bertentangan dengan syarat yang tercatat dalam Hakmilik dan bangunan-bangunan serta premis-premis yang digunakan bercanggah dengan syarat yang tersedia ada.
    • Membuat pengukuran, memeriksa keadaan semasa dan mengambil gambar serta melaporkan kepada Pentadbiran Tanah Daerah supaya tindakan memperbetulkan syarat diambil.
  • Menjalankan Operasi-operasi meroboh struktur-struktur yang terlibat dalam pengambilan tanah.
  • Mendapatkan laporan dan maklum balas dari Jabatan / Pentadbiran Tanah terlibat mengenai struktur-stuktur dan lain-lain berkaitan pengambilan tanah dan merangka strategi operasi bersepadu dengan lain-lain Jabatan serta melaksanakannya.
  • Menjalankan pendakwaan di Mahkamah keatas kes-kes di bawah Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara.
    • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes pencerobohan.
    • Sediakan kertas aduan/pertuduhan/saman dan di kemukakan kepada Pengarah Tanah Dan Galian serta seterusnya di sampaikan kepada Penasihat Undang-undang Negeri bagi mendapat pandangan dan pengesahan.
    • Daftar kes di Mahkamah dan diserah kepada Majistret untuk tandatangan.
    • Menyediakan kertas siasatan dan fakta kes.
    • Menyediakan laporan yang lengkap untuk perbicaraan seperti:-
      •Pengumpulan maklumat
      •Sediakan saksi-saksi
      •Penyediaan pelan yang lengkap
      •Penyediaan gambar-gambar berkaitan
  • Kawalan dan pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan batuan yang berlaku di dalam negeri atau bagi tujuan eksport keluar negeri supaya sentiasa mematuhi dasar-dasar serta peraturan kerajaan negeri.
  • Kawalan dan pengawasan terhadap penggunaan tanah yang telah dilupuskan samada secara berimilik, rizab, lesen menduduki sementara (LMS), permit penggunaan udara ataupun permit pengeluaran bahan batuan supaya sentiasa mamatuhi syarat pendudukan dan kegunaan yang dibenarkan (langgar syarat)
  • Membantu dalam operasi penguatkuasaan berkaitan, samada pencerobohan tanah kerajaan dan pengeluaran bahan batuan secara haram di semua daerah di Negeri Kedah selaras dengan dasar-dasar dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Unit ini membantu kerja-kerja dalam pemberian dan pelupusan tanah-tanah kerajaan di daerah-daerah yang masih ada lagi permohonan-permohonan lama dan baru yang dipohon secara individu, kumpulan serta dari badan-badan berkanun.
  • Unit ini bukan saja menjalankan kerja-kerja sukat bagi syarat-syarat pertanian tetapi juga menjalankan kerja-kerja pemeriksaan terhadap tanah kediaman hakmilik pajakan bagi kampung-kampung baru yang telah luput tempohnya, juga sukatan semula Surat-Surat Akuan, Surat Sewa Tanah Raja dan lain-lain pemilikan yang lama digantikan dengan surat Hakmilik Sementara.

AKTIVITI / TUGAS

    • Memeriksa dan memperenggankan permohonan Tanah Kerajaan untuk dibuat sokongan pengeluaran surat hakmilik sementara.
    • Pemeriksaan dan sukatan semula ke atas tanah-tanah hakmilik lama ( Surat Sewa Tanah Raja dan lain-lain ) yang tamat tempoh untuk dibuat sokongan pengeluaran surat hak milik sambungan.