UNIT K (PELUPUSAN)

AKTIVITI-AKTIVITI

    • Memproses permohonan tanah bagi maksud seperti berikut:
      • Padi
      • Getah
      • Dusun
      • Kelapa Sawit
      • Lain-lain jenis tanaman
    • Memproses permohonan bagi mengeluarkan surat hakmilik bagi Rancangan Perumahan Awam.
    • Memproses bagi maksud tapak rumah kediaman, tapak kedai, perusahaan, industri, rekreasi, pelancongan dan sebagainya.
    • Memproses permohonan Lesen Menumpang Sementara.
    • Memproses permohonan pelanjut masa.
    • Memproses permohonan warta:
      • Cabut keluar daripada simpanan melayu.
      • Cabut keluar daripada Hutan Simpanan.
      • Simpanan tanah bagi penggunaan am.
      • Membatal Sijil Simpanan.
    • Memproses permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan di kawasan Kampong Baru.
    • Memproses permohonan bagi maksud tapak sekolah, Hospital, Polis iaitu permohonan daripada Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
    • Memproses permohonan daripada Majlis Agama Islam bagi maksud tapak masjid dan kubur.

JAWATANKUASA PELUPUSAN TANAH 

a) Majlis Mesyuarat Kerajaan.
b) Jawatankuasa Tanah Negeri (JKTN)
Ahli-Ahli JKTN adalah seperti berikut :-

Y.A.B. Menteri Besar

– Pengerusi

Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

– Ahli

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri

– Ahli

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri

– Ahli

Y.Bhg. Pengarah Tanah Dan Galian

– Ahli

Y.Bhg. Pengarah Hutan Negeri

– Ahli

Y.Bhg. Pengarah Ukur Negeri

– Ahli

Y.Bhg. Timbalan Pengarah l

– Setiausaha