UNIT G (GALIAN)

PENGENALAN

  • Seksyen Galian Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah diberi tanggungjawab menguruskan semua permohonan tenemen mineral bagi seluruh Negeri Kedah untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri.
  • Seksyen ini juga bertanggungjawab terhadap proses permohonan, memperbaharui dan mengeluarkan lesen membeli/menjual bijih.
  • Seksyen ini pada asasnya adalah diletak terus dibawah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman selaku Penguasa Galian.
  • Pada amnya Seksyen ini menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan permohonan tenemen mineral sebagaimana yang termaktub dibawah Enakmen Mineral Kedah 2004 dan Peraturan-Peraturan Mineral kedah 2007
  • Permohonan Tenemen Mineral di bawah Enakmen Mineral 2004 Negeri Kedah¬† mula berkuatkuasa 01 Januari 2007 melalui pengisytiharan Warta Kerajaan Jilid. 50 No. 15 Tambahan No. 7 Perundangan bertarikh 19 Julai 2007 .

FUNGSI SEKSYEN GALIAN

  1. Menerima dan memproses permohonan tenemen mineral.
  2. Mengemukakan permohonan yang diterima kepada Jabatan-Jabatan Teknikal yang terlibat.
  3. Memohon tarikh kepada Pejabat Menteri Besar untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Kedah.
  4. Menyediakan kertas kerja untuk diangkat ke Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri Kedah (JKSMN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).
  5. Memaklumkan kepada pemohon keputusan Mesyuarat [ JKSMN, MMK].
  6. Mendaftar dan mengeluarkan Lesen bagi tenemen Mineral yang diluluskan selepas bayaran kelulusan dijelaskan.
  7. Menyemak, mengemaskini dan memastikan pemegang tenemen mineral menjelaskan bayaran royalti.
  8. Tugasan Kewangan

a). Deposit
i. Menyediakan rencana perisytiharan untuk mewartakan deposit yang tidak dituntut lebih dari setahun.
ii. Menyemak baucer-baucer bayar balik deposit.
iii. Menyemak baucer-baucer pelarasan daripada deposit ke hasil.

b). Penyata
i. Kutipan hasil (Bulanan)
ii. Tunggakan hasil (Bulanan)
iii. Penyesuaian Akaun Deposit (Bulanan)
iv. Penyesuaian Sewa Galian (Tahunan)
v. Tunggakan Hasil (Tahunan)
vi. Penyesuaian Akaun Deposit (Tahunan)

c). Menerima kutipan-kutipan sewa galian.
d). Terima bayaran pengeluaran lesen.
e). Terima bayaran royalti bahan mineral
f). Pelbagai jenis perolehan.