PASUKAN PETUGAS KHAS

VISI

Mengurangkan tunggakan urusan tanah di pentadbiran tanah negeri-negeri di Semenanjung sehingga berada di tahap yang boleh diterima pelanggan dan kompetitif untuk pembangunan Negara.
MISI

Membantu menyelesaikan tunggakan urusan tanah di pentadbiran tanah negeri-negeri di Semenanjung.
OBJEKTIF

Membantu Kerajaan Negeri di Semenanjung (kecuali Putrajaya) di dalam menyelesaiakan urusan tanah yang tertunggak dalam sepuluh (10) bidang berikut :

  1. Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga,
  2. Pemberimilikan Tanah,
  3. Pengeluaran dan Pendaftaran Hakmilik Strata,
  4. Penukaran Hakmilik Sementara (QT) kepada Hakmilik Tetap (FT),
  5. Pecah Sempadan,
  6. Pecah Bahagian,
  7. Tukar Syarat Tanah,
  8. Kutipan Tunggakan Cukai Tanah,
  9. Penguatkuasaan dan Penyelesaian Permasalahan Hakmilik Strata,
  10. Pembahagian Pusaka Kecil.
  11. Urusan bil 1 hingga 4 – bermula sejak Februari 2004.
  12. Urusan bil 5 hingga 10 – bermula pada akhir tahun 2006.

PERJAWATAN PASUKAN PETUGAS KHAS
62 perjawatan kontrak diluluskan pelbagai gred di Negeri Kedah

15 perjawatan ditempatkan di PTG KEDAH bagi Pemantauan,Perkhidmatan ,Pentadbiran Am dan menyelesaikan tunggakan di PTG KEDAH.

47 perjawatan ditempatkan di serata Pejabat Tanah Daerah bagi urusan penyelesaian tunggakan tanah secara langsung di daerah.