24 Disember 2014 : POGRAM CERAMAH AGAMA ANJURAN BIRO AGAMA KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI ANGGOTA PTG KEDAH BERTAJUK “RIBA : JALAN PINTAS KE NERAKA”
Pogram ceramah agama yang bertajuk “RIBA : Jalan pintas ke Neraka” telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Mohd Hafiz bin Hj Fauzi dari Bank Muamalat Malaysia Berhad telah diadakan pada 24 Disember 2014 di Dewan Utama PTG Kedah, Tingkat 3, Wisma Negeri, 05503 Alor Setar Kedah. Pogram dimulakan dengan Bacaan Yassin oleh semua kakitangan yang hadir sebelum pogram ceramah dimulakan.

11 Disember 2014 : POGRAM KESIHATAN ‘ZUMBA PERINGKAT KEDUA’ ANJURAN BIRO SUKAN DAN KESIHATAN PUSPANITA NEGERI KEDAH BERSAMA PTG KEDAH
PUSPANITA Negeri Kedah bersama PTG Kedah telah mengadakan pogram Zumba peringkat ke-2 pada 11 Disember 2014 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Utama PTG, Aras 3, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Wisma Negeri Alor Setar. Pogram ini turut disertai oleh YBhg Datin Paduka Dato’Hajjah Che Barni binti Haji Mohd Noor selaku Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah.

3 Disember 2014 : SAMBUTAN HARI PENGURUSAN TANAH NEGARA (HPTN) 2014
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) JKPTG telah mengadakan sambutan Hari Pengurusan Tanah Negara (HPTN) 2014 pada 30/11/14 hingga 02/12/14 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kedah yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar. Tema HPTN 2014 ialah “Merakyatkan Pentadbiran Tanah untuk Memacu Pembangunan Negara”.

8 November 2014 : KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PTG KEDAH 2014
Kelab kebajikan dan Rekreasi Anggota PTG Kedah telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup PTG Kedah 2014 yang telah berlangsung pada 8 November 2014 bertempat di Gelanggang Futsal Titi Gajah, Alor Setar Kedah.

Seramai 32 orang kakitangan telah menyertai kejohanan tersebut. Terdapat 4 pasukan iaitu pasukan A dari Unit Pengambilan, Pasukan B dari Unit ICT dan Kewangan, pasukan C dari Unit Pendaftaran, pentadbiran, strata dan Hasil dan akhir sekali pasukan D dari Unit Penguatkuasaan dan Bergerak. Johan telah dimenangi daripada pasukan B.

26 Oktober 2014 : KEDAH RAMPAS TANAH DITANAM KETUM
Sumber: Keratan Akbar Berita Harian – 26 Oktoberi 2014
Alor Setar: Kerajaan Kedah akan merampas tanah milik penduduk yang didapati disalahgunakan bagi tujuan penanaman pokok ketum berskala besar, berkuat kuasa serta merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata tindakan itu akan diambil mengikut Kanun Tanah Negara kerana kerajaan negeri mendapati perlu ada usaha mengekang penularan gejala penagihan daun ketum di negeri ini.

15 Oktober 2014: MAJLIS SUAIKENAL PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI MERANGKAP PENGERUSI PUSPANITA NEGERI KEDAH DENGAN KAKITANGAN/PUSPANITA PTG SERTA PEJABAT DAERAH
Majlis ini diadakan adalah bertujuan memperkenalkan pengarah baru PTG Kedah merangkap Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah iaitu YBhg. Datin Paduka Dato’ Hajjah Che Barni bt Mohd Noor . Acara dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan Pengarah PTG Kedah. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari yang disediakan hasil daripada gotong-royong kakitangan PTG Kedah.

08 September 2014 : MAJLIS SETULUS BUDI DISANJUNG SEIKHLAS HATI DIKENANG YANG BERBAHAGIA DATO’ WIRA HAJI MUHAMMAD NOR BIN HAJI ROFIE
Majlis telah berlangsung dengan jayanya pada 8 September 2014 bertempat di Kedah Royal Club jam 8.00 malam.

Sekalung budi dan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan,Pentadbir Tanah,Kakitangan Pejabat Tanah Daerah,Pegawai & Kakitangan Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Kedah dan semua yang terlibat didalam menjayakan majlis tersebut.

2 September 2014 : MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT PENTADBIRAN TANAH
Mesyuarat ini telah diadakan pada 2 September 2014 bertempat di Hotel Regency, Gunung Jerai. Agenda utama ialah perbincangan mengenai penyemakan semula sewa tanah tahun 2015.

31 Ogos 2014 : PENYERTAAN PTG KEDAH DALAM PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57 PERINGKAT NEGERI KEDAH
Kontinjen PTG Kedah seramai 34 orang yang terdiri daripada kakitangan PTG Kedah telah menyertai perarakan kawad Kemerdekaan yang ke 57 peringkat Negeri Kedah. Walaupun tidak berjaya dalam pertandingan kawad yang diadakan namun PTG Kedah tetap berpuas hati kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan hari yang bersejarah ini dengan semangat patriotisma yang tinggi.

25 Ogos 2014 : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2014 JALINAN BERSAMA PTG KEDAH DAN PEJABAT TANAH DAERAH
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 bagi PTG Kedah telah diadakan bertempat di perkarangan Wisma Negeri. Sejarah baru bermula wujudnya kerjasama yang erat antara kakitangan PTG Kedah dan kakitangan Pejabat Tanah Daerah. Setinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan marilah kita teruskan. Kita boleh mendayung bersama untuk mencipta kecemerlangan dan biarlah nafas akhir kita itu boleh menjadi kenangan kepada keluarga dan negara.

25 Ogos 2014 : MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN DAN PERSARAAN KAKITANGAN PTG KEDAH
Majlis diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa kakitangan yang telah bertukar dan bersara pada tahun 2014. Kakitangan yang bersara yang diraikan ialah Pn. Rahara dan Pn Surila manakala kakitangan yang bertukar ialah Tuan Haji Faudzi Ahmad Timbalan I PTG Kedah, Encik Mashdi Penolong Pengarah Tanah dan Galian, En Helmi Penolong Pengarah Tanah & Galian. PTG Kedah mengucapkan selamat bersara dan bertukar kepada pegawai-pegawai yang diraikan.

10 Ogos 2014 : MAJLIS PERJUMPAAN TIMBALAN PTG I DENGAN SEMUA PEGAWAI, KETUA UNIT DAN KAKITANGAN PTG
Majlis perkenalan barisan pegawai-pegawai baru PTG Kedah telah di adakan pada 10 Ogos 2014 bertempat di Dewan Utama, Tingkat 3, Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kedah. Tuan Timbalan PTG I memberi amanat untuk kita sama-sama bekerja sama untuk menaikan mutu perkhidmatan dan memantapkan lagi perkhidmatan PTG Kedah. Beliau juga akan bekerjasama bersama-sama kakitangan untuk memberi dan menaikkan PTG Kedah di tahap yang cemerlang.

7 Ogos 2014 : MESYUARAT & TAKLIMAT AKTA TANAH KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK (GSA) 1960
Mesyuarat dan Taklimat ini telah diadakan dengan jayanya pada 7 – 9 Ogos 2014 bertempat di Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Penang. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pejabat Tanah Daerah dan pegawai-pegawai FELCRA Berhad. Pogram ini diadakan anjuran bersama pihak PTG Kedah dan FELCRA Berhad.

9 Julai 2014: PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H/2014M “RAMADHAN PENJANA TRANSFORMASI DIRI” PEJABAT SUK NEGERI KEDAH pada 6 hingga 9 Julai 2014 bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
Sebanyak 21 Jabatan Kerajaan Negeri Kedah dan pelbagai NGO terbabit dalam program julung-julung kalinya diadakan oleh Kerajaan negeri Kedah.Pentadbiran PTGKedah turut sama menghantar staf yang terpilih bagi mengikuti program yang dianjurkan selama 4 hari tersebut.

23 JUN 2014 : PENGANJURAN SUKAN PETANDA TAHUN 2014
Buat julung julung kalinya temasya Sukan Petanda 2014 bagi Pentadbiran Tanah Daerah Negeri Kedah sedang berlangsung dengan meriahnya bagi pelbagai acara di pelbagai gelanggang dengan dibantu oleh Jawatankuasa Pelaksana Sukan Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.

23 MEI 2014 Penyelenggaraan Portal PTG Kedah – Offline
Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan pembayaran cukai tanah secara online melalui laman web rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah (Semakan Cukai Tanah) akan dihentikan buat sementara waktu mulai 30 Mei 2014 jam 2.30 petang bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelarasan denda cukai tanah.Maaf diatas segala kesulitan yang dialami. Sekian.

21 Mei 2014 : Lawatan kerja ke JKPTG Putrajaya dan PTG Selangor
Lawatan kerja ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya telah diadakan pada 21 Mei 2014 dengan diketuai oleh YBhg. Tuan Timbalan Pengarah II (Pendaftaran dan Hasil) serta semua pegawai PTG Kedah. Objektif lawatan adalah bagi melihat perlaksanaan operasi di bahagian Strata, mempelajari aspek pentadbiran dan sistem e-Strata.

21 Mei 2014 : Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah
Sumber : Utusan
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemangkatan Tunku Bendahara Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, sebagai kehilangan besar kepada rakyat. Menurut Perdana Mente­ri, almar­hum ada­lah seorang pe­mimpin yang penyayang, berhemah tinggi dan sentiasa me­ngambil be­rat terhadap ke­ba­jikan orang ramai terutama rak­yat ne­geri Ke­dah.

22 April 2014 : PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING SEMPENA SUKAN PETANDA
Sempena Sambutan Sukan Petanda yang akan diadakan pada 24 April 2014 satu perlawanan persahabatan antara PTGKEDAH dan Pejabat Tanah Daerah Langkawi telah diadakan pada 20 April 2014 yang lalu.

8 April 2014 : Kuari: Tindakan tegas jika langgar syarat
Sumber : Utusan
KULIM 5 April – Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari pasir yang didapati melanggar syarat ditetapkan termasuk beroperasi di luar kawasan ketika melakukan aktiviti tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim berkata, berdasarkan laporan daripada pihak berkuasa, para pengusaha permit dikesan menyalahgunakan permit mereka mengorek pasir sungai di kawasan yang tidak diberikan kebenaran.

24 Mac 2014 : Pejabat Tanah Kulim Capai Taraf Lima Bintang
Sumber : Utusan
KULIM 24 Mac – Pejabat Tanah (PT) Kulim sekali lagi merangkul anugerah pada peringkat kebangsaan apabila berjaya mencapai taraf lima bintang dalam Audit Penilaian Pentadbiran Tanah, baru-baru ini.
Program penarafan tersebut mula dilaksanakan pada tahun 2013 dengan melibatkan semua pejabat tanah dan daerah di seluruh Malaysia. Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) PT Kulim, Mohd. Nasrun Suid berkata, penilaian berkenaan turut dijalankan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Jabatan Audit Negara. “Sebelum ini, sesi prapenilaian penarafan bintang telah dilaksanakan di 22 buah pejabat tanah.

09 Februari 2014 : Bengkel Pengemaskinian SKT 2013 & 2014,Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 2014,Maklumat Rekod Peribadi Dalam Aplikasi HRMIS
Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 09 Februari 2014,bertempat di Makmal Aplikasi Pusat Teknologi Maklumat Negeri Kedah.Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan semua kakitangan PTG Kedah mengemaskini maklumat HRMIS tahun 2013 dengan lengkap seterusnya membuat kemasukkan maklumat terkini bagi tahun 2014.
Seramai 58 orang kakitangan PTG Kedah yang terlibat bagi menjayakan bengkel tersebut.