17 Januari 2013 : 100,000 liat bayar cukai diburu
Sumber: Keratan Akbar Harian Metro – 17 Januari 2014
Alor Setar : Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kedah memburu 100,000 pemilik permis kediaman dan perniagaan di negeri ini yang masih belum menjelaskan bayaran cukai tanah membabaitkan tunggakan sebanyak RM67 juta termasuk kes yang tertunggak selama 30 tahun.

18 Dis 2013 : MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PTG KEDAH
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah berlangsung pada 18 Disember 2013 di Hotel Holiday Inn Bandaraya Melaka untuk meraikan para kakitangan yang telah cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka di setiap bahagian/seksyen. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Muhamad Nor bin Haji Rofie, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

28 November 2013 : ‘BIG CLEANING DAY 2.0’ PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
Program ‘Big Cleaning Day 2.O’ telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Hj Muhamad Nor b.Hj Rofie. Semua warga PTG terlibat dalam program tersebut. Gotong-royong secara besar-besaran telah diadakan di persekitaran kawasan Wisma Negeri yang melibatkan semua kakitangan PTG Kedah.

14 November 2013 : KULIAH AGAMA BULANAN “KEPENTINGAN MEWUJUDKAN SILATURRAHIM”
Kuliah agama khusus untuk semua kakitangan telah diadakan pada 14 November 2013 di Dewan Utama , Tingkat 3, PTG Kedah anjuran Biro Agama, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Anggota PTG Kedah. Penceramah jemputan ialah Tuan Syeikh Mat Isa bin Abd Rahman daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah

27 Oktober 2013: PERLAKSANAAN APLIKASI SELAMAT (SECURED LAND MANAGEMENT SYSTEM) DALAM URUSAN PENTADBIRAN TANAH DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
Sistem Aplikasi Biometrik SELAMAT (Secured Land Management System) telah dilaksanakan dalam urusan Pentadbiran di Unit Pendaftaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.

Secara umumnya, sistem SELAMAT dibangunkan adalah untuk merekodkan cap jari pemilik dan penyerah untuk memastikan urusan pentadbiran tanah beroperasi dengan baik dan berada di dalam kredibiliti yang tinggi selaras dengan dasar kerajaan iaitu Pemodenan Pentadbiran Tanah

13 Oktober 2013 : Kursus Perdana Teknologi Rangkaian IPv6 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
Pada tanggal 7 Oktober hingga 10 Oktober 2013, Pusat Teknologi Maklumat Negeri Kedah dan kerajaan Negeri Kedah dengan Kerjasama Universiti Utara Malaysia(UUM) telah menganjurkan Kursus Perdana Teknologi Rangkaian IPv6 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang disertai lebih dari 100 orang perserta dari pelbagai jabatan di Negeri kedah.

Majlis Penutup dan penyampaian sijil peserta telah disempurnakan oleh YB. Puan Norsabrina Binti Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi.

26 September 2013 : SEMINAR AUDIT DALAMAN 5S PTG KEDAH
Jawatankuasa Latihan Pogram Amalan 5S & Jawatankuasa Audit Pogram Amalan 5S PTG Kedah telah menganjurkan Seminar Audit Dalam QE/5S pada 26 September 2013 di Dewan Utama, Tingkat 3, Wisma Negeri. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut.

Objektif utama seminar ini ialah membantu organisasi memahami kepentingan audit dalaman dalam pelaksanaan pogram 5S serta mengetahui aspek pengurusan dan penilaian audit termasuk dokumentasi dan kriteria audit dalaman.