BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF

Membangun, melaksana dan menyenggarakan sistem maklumat tanah yang bersepadu dan komprehensif berasaskan komputer di peringkat negeri dan daerah bagi tujuan membantu pihak perancangan dan pentadbiran ke arah mewujudkan satu pengurusan tanah yang moden, cekap dan berkesan.

PERANAN UTAMA :-

  1. Membangun, melaksana dan menyelenggarakan peralatan ICT, sistem-sistem, data dan rangkaian.
  2. Mengadakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mewujudkan sistem komputer yang moden dan kos efektif.
  3. Menyediakan dan memberikan perkhidmatan sokongan dan latihan ICT kepada semua kakitangan di peringkat PTG dan Pejabat Tanah Daerah.
  4. Merancang dan menyediakan keperluan sumber ICT untuk memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
  5. Bertindak sebagai PUSAT MAKLUMAT TANAH bagi Negeri Kedah.
  6. Mengemaskini maklumat dan paparan Portal jabatan.
  7. Mengurus dan mengemaskini rekod inventori peralatan ICT.
  8. Menyelenggara proses backup data dan sistem-sistem jabatan.
  9. Urusetia kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Pengkomputeran Tanah di peringkat Negeri (Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Petugas)

SISTEM-SISTEM MAKLUMAT DIBAWAH KAWALAN
Di dalam usaha untuk memberi perkhidmatan sokongan yang berkesan kepada Pengurusan Jabatan Tanah, beberapa sistem maklumat dibangun dan diselenggarakan. Di antara sistem-sistem aplikasi yang telah dibangun dan diselenggarakan oleh Bahagian Teknologi Maklumat PTG ialah:-

Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah (SUKHAT)

  • SUKHAT merupakan satu sistem aplikasi yang mirip kepada sistem perakaunan untuk mengutip hasil tanah berulang, cukai parit dan tali air dan lain-lain pendapatan yang mendatangkan hasil kepada pejabat tanah.

Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)

  • SPTB merupakan satu sistem yang memodenkan kaedah pendaftaran hakmilik dan urusan tanah tanpa mengabaikan keselamatannya dan meningkatkan kemudahan memperolehi maklumat tanah milik.

Sistem e-Consent

  • Sistem e-Consent menerima permohonan untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran bagi urusan pindahmilik, gadaian serta pindahmilik dan gadaian secara online.

Sistem e-Pengambilan

  • Sistem Memudahkan dan mempercepatkan proses pengambilan tanah secara amnya.

Sistem e-Pelupusan

  • Sistem Permohonan Tanah Kerajaan dan Lesen Pendudukan Sementara. Memudahkan carian fail permohonan yang boleh dilakukan secara dalam talian dengan memberi status terkini permohonan dan rentetan proses sebelumnya (jurnal).

Sistem Semakan Cukai Tanah dan Bayaran Cukai Tanah Online

  • Sistem semakan cukai tanah dan bayaran cukai tanah Online dengan menggunakan kad kredit atau secara FPX menerusi Portal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di ww.ptgkedah.gov.my.

SELAMAT (SECURED LAND MANAGEMENT SYSTEM)

  • Sistem ini berfungsi mengimbas dan merekod cap jari pemilik dan wakil untuk memastikan urusan pentadbiran tanah beroperasi dengan baik dan berada di dalam kredibiliti yang tinggi selaras dengan dasar kerajaan iaitu Permodenan Pentadbiran Tanah.

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)

  • Sistem ini digunakan di Unit Pentadbiran. Dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sistem Malaysian Geo Spatial Data Infructure (MyGDI)

  • Sistem ini dahulunya dikenali sebagai National Infrastructure for Land Information System (NALIS).
  • Merupakan sistem yang memudahkan capaian “on-line” kepada data spatial tanah yang disimpan diberbagai-bagai Agensi-Agensi Berkaitan Tanah (ABT).