BAHAGIAN PERUNDANGAN

Objektif

Memberi perkhidmatan kelas pertama dalam pentadbiran tanah dan memastikan segala permasalahan dapat ditangani dengan cemerlang selari dengan motto Kerajaan Negeri “Kedah Sejahtera”.

AKtiviti

  1. Memberi nasihat perundangan dan khidmat nasihat kepada segala permasalahan yang dibangkitkan oleh semua unit-unit di PTG dan juga Pejabat-pejabat tanah daerah di seluruh Negeri Kedah Darulaman.
  2. Membuat semakan dan pindaan perundangan terhadap kaedah, peraturan, warta , enakmen dan akta-akta yang digunapakai oleh PTG.
  3. Menyediakan maklumbalas kepada Pejabat Penasihat Undang-undang negeri bagi tujuan kes-kes pendakwaan, perbicaraan dan rujukan ke mahkamah bagi isu-isu yang berkaitan seperti penipuan hakmilik, pendaftaran urusan , pencerobohan tanah kerajaan, curi bahan batuan dan lain-lain,dan;
  4. Menyediakan Kertas Kerja berkenaan undang-undang bagi mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darulaman.