UNIT B & C
OBJEKTIF DAN AKTIVITI
Unit ini menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftaran hakmilik, pendaftaran urusniaga, bukan urusniaga dan carian hak milik.
- Urusniaga
URUSAN |
DOKUMEN YG PERLU DISERTAKAN DGN SURATCARA |
PERUNTUKAN DALAM KTN |
Pindahmilik tanah atau bahagian (Borang 14A) | DHK (Dokumen Hakmilik Keluaran) | Seksyen 294(2)(a) |
Pajakan tanah (Borang 15A) | DHK | Seksyen 294(2)(a) |
Penyerahan balik pajakan (Borang 15C) | DHK dan pajakan pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Gadaian tanah (Borang 16A/16B) | DHK | Seksyen 294(2)(a) |
Melepaskan gadaian (Borang 16N) | DHK dan gadaian pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Perakuan Jualan (Borang 16F/16I) | DHK dan gadaian pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (c) |
Pemberian Isemen (Borang 17A/17B) | DHK tanah yang menguasai dan DHK tanah yang menanggung | Seksyen 294(2)(a) |
Melepaskan Isemen (Borang 17C) | DHK tanah yang menguasai dan DHK tanah yang menanggung | Seksyen 294(2)(a) |
Pindahmilik Pajakan (Borang 14A) | Pajakan pendua | Seksyen 294(2)(a) |
Gadaian Pajakan (Borang 16A/16B) | Pajakan pendua | Seksyen 294(2)(a) |
Melepaskan gadaian pajakan (Borang 16N) | Pajakan pendua dan gadaian pajakan pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Perakuan Jualan Pajakan (Borang 16F/16I) | Pajakan pendua dan gadaian pajakan pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Pajakan Kecil (Borang 15B) | Pendua Pajakan atasan atau pendua pajakan kecil atasan | Seksyen 294(2)(a) |
Penyerahan Pajakan Kecil (Borang 15C) | Pendua Pajakan atasan atau pendua pajakan kecil atasan dan pendua pajakan kecil | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Pindahmilik pajakan kecil (Borang 14A) | Pajakan kecil pendua | Seksyen 294(2)(a) |
Gadaian Pajakan Kecil (Borang 16A/16B) | Pajakan kecil pendua | Seksyen 294(2)(a) |
Melepaskan gadaian pajakan kecil (Borang 16N) | Pajakan kecil pendua dan gadaian pajakan kecil pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Perakuan Jualan Pajakan Kecil (Borang 16F/16I) | Pajakan kecil pendua dan gadaian pajakan kecil pendua | Seksyen 294(2)(a) dan (b) |
Pindahmilik gadaian (Borang 14B) | Gadaian pendua | Seksyen 294(2)(a) |
Penangguhan gadaian (Borang 16C) | Gadaian pendua | Seksyen 294(2)(a) |
- Bukan Urusniaga
URUSAN |
BORANG |
Kaveat Pendaftar | Borang 7 (sek. 320 KTN) |
Kaveat Persendirian | Borang 19B (sek. 323 KTN) |
Kaveat Pemegang Lien | Borang 19D (sek. 330 KTN) |
Kaveat Amanah | Borang 19E (sek. 333 KTN) |
Buka Kaveat Pendaftar | Seksyen 321 (3) |
Menarik Kaveat Persendirian | Borang 8 (sek. 325 KTN) |
Menarik Balik Lien | Seksyen 331 (1) |
Pembatalan Kaveat Amanah | Seksyen 333 (5) |
Perubahan Nama | Seksyen 378 |
Harta Pesaka Kecil | Seksyen 348 |
Pendaftaran Pemegang Amanah | Seksyen 344 |
Perintah Mahkamah | Seksyen 420 |
Surat Kuasa Wakil | Seksyen 309 (1)(a) |
- Carian
URUSAN |
BORANG |
Carian Rasmi untuk kegunaan rasmi | Seksyen 385 |
Carian Rasmi Hakmilik | Seksyen 385 |
Carian Rasmi Persendirian Hakmilik | Seksyen 384 |
Carian Persendirian Perserahan Melalui Hakmilik | Seksyen 384 |
Carian Persendirian Satu Buku Hakmilik | Sekyen 384 |
Carian Persendirian Suratcara | Sekyen 384 |
Carian Persendirian Dokumen | Seksyen 384 |
Carian Pemeriksaan Pelan |
Unit ini berperanan mendaftar dan menyelenggara rekod-rekod hakmilik di bawah kategori tanah-tanah bandar dan pekan dalam Negeri Kedah Darul Aman.
Aktiviti-aktiviti terlibat ialah:
- Pendaftaran hakmilik sementara dengan kelulusan pemberimilikan atau bagi tanah di bawah A.A
- Pendaftaran hakmilik sementara berikutan dengan kelulusan pecahsempadan tanah
- Pendaftaran hakmilik sementara berikutan dengan kelulusan pecahbahagian tanah.
- Pendaftaran hakmilik semntara berkaitan dengan kelulusan pemberihakmilikan
- Pendaftaran hakmilik tetap untuk menggantikan hakmilik sementara yang didaftarkan berikutan dengan kelulusan pecahsempadan, pecah bahagian atau penyatuan.
- Pendafataran hakmilik tetap bagi tanah di bawah A.A
- Pendaftaran Hakmilik Pecahan (Strata Title)
- Pendaftaran hakmilik tetap untuk menggantikan hakmilik tetap yang sedia ada dalam keadaan-keadaan di Seksyen 166(1) (a)(b)(c) Kanun Tanah Negara.
- Pendaftaran hakmilik sementara untuk menggantikan hakmilik sementara yang sedia ada di bawah seksyen 187 Kanun Tanah Negara.
- Pendafataran hakmilik tetap sambungan berikutan dengan pengambilan sebahagian tanah.
- Pengeluaran pendua dokumen keluaran hakmilik sementara di bawah Seksyen 187B Kanun Tanah Negara.
- Penggantian dokumen daftar hakmilik tetap (tidak termasuk penggantian hakmilik pecahan)
- Penggantian dokumen daftar hakmilik sementara.
Senarai Hakmilik Pejabat Pendaftar Surat-surat Hakmilik
- Geran (GRN)
- Pajakan Negeri (PN)
- Hakmilik Sementara (Daftar)(HSD)
- Hakmilik Pendaftar Adalah :
i. Tanah Bandar atau Pekan :
ii. mana-mana lot tanah ‘Desa’ yang melebihi 4 hektar luasnya.
iii. mana-mana bahagian tepi pantai atau dasar laut
Aktiviti-aktiviti pendaftaran Urusniaga, Bukan Urusniaga dan Pendaftaran Surat-Surat Hakmilik telah menggunakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) sejak Mac 1998.