BAHAGIAN HAKMILIK STRATA

PENGENALAN
1. Unit ini bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan bagi mengeluarkan Hakmilik Strata kepada pemohon.
2. Unit ini ditempatkan dibawah Pendaftar Surat-surat Hakmilik.

KONSEP HAKMILIK STRATA
1. Hendaklah terdapat sekurang-kurangnya satu bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih.
2. Tanah bermilik untuk didaftarkan sebagai Hakmilik Strata hendaklah tidak tertakluk kepada sebarang bebanan.

BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN
1. Borang 2 ( Index Daftar Strata )
2. Borang 3 ( Syarat Tanah )
3. Borang 4 ( Hakmilik Daftar yang juga dikenali sebagai Buku Daftar Strata )
4. Borang 4 ( Hakmilik Keluaran )

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG DIPERLUKAN
1. Akta Hakmilik Strata 1985 ( Akta 318 )
2. Kanun Tanah Negara 1965 ( Akta 56/1965 )
3. Pekeliling JKPTG
4. Akta Bangunan dan Harta Bersama ( Penyelenggaraan dan Pengurusan ) 2007 ( Akta 663 )