BAHAGIAN AUDIT PENGURUSAN

  • Sejarah penubuhan Unit Audit Pengurusan PTG Kedah (UAP) bermula apabila Y.Bhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian memutuskan di dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan  Tertinggi  PTG Bil. 2/2008 pada  26 Mac 2008 supaya diwujudkan sebuah Jawatankuasa Audit Pengurusan di peringkat Pentadbiran  Tanah  Negeri Kedah. Sehubungan dengan itu, UAP PTG Kedah diwujudkan pada 26 Mac 2008 dan berkuatkuasa mulai 01 April 2008 sehinggalah ke suatu tarikh pembatalan  jawatankuasa ini.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi  Bil 2/2008 juga telah memutuskan supaya Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (KPPTG) iaitu Tuan Haji Mohd. Shahadan Bin Abdullah, BCK.,  dilantik   sebagai peneraju pasukan UAP. Manakala  seorang  Penolong Pengarah PTG N.41,  Cik Amal Bt. Zubir dilantik sebagai Pegawai  Penyelaras dan dibantu oleh 4 orang Pegawai kumpulan  sokongan untuk menggerakkan unit ini.  Kesemua  Pegawai ini diamanahkan  untuk menjalankan  tugas  Audit Pengurusan di samping tugas hakiki masing-masing.
  • Unit Audit  Pengurusan  PTG  Kedah   telah   mendapat    kelulusan    perjawatan   oleh  Perbendaharaan  Malaysia  melalui  surat   kelulusan   Bil   N91/ 2006 bertarikh 17 November 2006 yang berkuatkuasa mulai   01  Januari  2007.
  • Waran perjawatan Unit Audit Pengurusan PTG Kedah adalah berdasarkan surat kelulusan Bil N91/2006 seperti jadual di bawah:-

JAWATAN

KOD GAJI S.S.M

KOD SKIM

BIL
JAWATAN

Pegawai Tadbir

N41

2038

1

Pen. Pegawai Tadbir

N27

2200

1

Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi)

N17

3200

2

Pen. Pegawai Tanah

NT17

2205

1

  • Kronologi tindakan Unit Audit Pengurusan PTG Kedah:-
    • Perbincangan secara tidak formal diadakan pada 08 April 2008 di antara anggota pasukan Unit Audit Pengurusan PTG Kedah.
    • Lawatan  sambil  belajar   ke   Unit   Audit    Dalam   Pejabat SUK Kedah pada 08 April 2008 untuk mendapatkan  khidmat nasihat, kefahaman dan cara pelaksanaan audit pengurusan.
    • Menjalinkan kerjasama yang berterusan dengan Seksyen Audit  Pengurusan dan  Pemantauan JKPTG Putrajaya dan PTG Selangor untuk mendapatkan pandangan dan maklumat.
    • Mengatur  lawatan  sambil   belajar  pada  25  April   2008  ke Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang    sebagai   langkah  memperlengkapkan anggota  UAP  ke  arah perlaksanaan audit pengurusan yang cekap dan mantap.
    • Mengadakan   “Brainstorming  Session”   kali  pertama  pada  27  April  2008 untuk    membangunkan    Term Of Reference (TOR)  Unit  Audit  Pengurusan  PTG Kedah.
    • Mengadakan “Brainstorming Session” kali ke – 2 pada 04 Mei 2008 untuk mengemaskini TOR Unit Audit Pengurusan PTG Kedah.
    • Sesi perbincangan kali ke – 3 pada 11 Mei 2008 untuk  aktiviti kompilasi rujukan, undang-undang, pekeliling,  peraturan dan  cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
    • Sesi perjumpaan dan perbincangan di antara anggota Unit Audit Pengurusan PTG Kedah  dengan Pengarah Audit Negeri Kedah pada 14 Mei 2008.
    • Sesi perbincangan kali ke – 4 pada 22 Mei 2008 untuk mengemaskini TOR Unit Audit Pengurusan PTG Kedah.
Memastikan sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Kedah selaras dengan undang-undang, peraturan, sistem dan  prosedur   yang   berkuatkuasa   demi mencapai matlamat yang disasarkan.
  • Menjadi   suatu badan yang kukuh dan berwibawa di peringkat  Pentadbiran Tanah Negeri.
  • Memastikan  segala undang-undang, sistem, peraturan dan  prosedur sentiasa dipatuhi.
  • Membantu Pentadbiran Tanah Negeri mencapai sasaran dan  matlamat yang telah digariskan.
  • Memberi khidmat nasihat, panduan dan pandangan yang bersesuaian.
  • Menyemak dan meneliti proses kerja di peringkat Pentadbiran Tanah Negeri.
  • Memberi nasihat dan garis panduan agar sistem dan proses Pentadbiran Tanah Negeri sentiasa mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.
  • Menyediakan laporan Audit Pengurusan kepada Jawatankuasa Audit Pengurusan.
  • Memberikan cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan dari masa ke semasa.
  • Permohonan dan Pemberimilikan
    • Menentukan proses permohonan dan pemberimilikan tanah adalah mengikut prosedur  dan peraturan yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara dan Aturan Tanah Kedah dan juga Pekeliling KPTG Persekutuan dan PTG Negeri.
    • Menentukan bayaran pentadbiran mengenai permohonan dan pemberimilikan tanah yang dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Aturan Tanah Kedah.
    • Menentukan rekod dan daftar mengenai permohonan dan pemberimilikan tanah diselenggarakan dengan teratur dan kemaskini.
  • Pendaftaran
    • Menentukan proses pendaftaran Suratcara dibuat mengikut peraturan yang telah disediakan.
    • Menentukan bayaran pendaftaran telah dipungut dengan tepat mengikut kadar yang ditetapkan.
    • Menentukan bayaran duti setem telah dipungut dengan tepat.
    • Menentukan rekod dan daftar berkaitan diselenggarakan dengan kemas kini.
  • Hasil
    • Menentukan pengurusan pungutan hasil tanah adalah mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
    • Memastikan setiap program peningkatan hasil tanah dilaksanakan dengan sempurna.
  • Pembangunan Tanah
    • Menentukan proses ubah syarat, sekatan dan jenis penggunaan tanah dibuat mengikut undang-undang dan peraturan tanah yang ditetapkan.
    • Menentukan bayaran pembangunan tanah dikutip mengikut kadar yang diluluskan dan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
    • Menentukan rekod berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan dikemaskini.
    • Menentukan proses pengambilan tanah dijalankan dengan sempurna.
    • Menentukan aliran kerja pengambilan tanah diproses mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Akta Pengambilan  Tanah, 1960 dan Kanun Tanah Negara, 1965.
  • Penguatkuasaan
    • Menentukan proses permohonan dan kelulusan Permit Pemindahan Bahan Batuan dan Bayaran Royalti dilaksanakan mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan.
    • Menentukan penggunaan tanah mengikut syarat yang ditetapkan dalam dokumen hakmilik.
    • Memastikan undang-undang penguatkuasaan yang sedia ada dapat dikuatkuasakan dengan sempurna.
BIL SKOP (BIDANG KERJA) UNDANG-UNDANG/ PERATURAN
1. PERMOHONAN DAN PEMBERIMILIKAN
  • Perwakilan kuasa Pihak Berkuasa    Negeri kepada Pengarah Negeri, dll.

(Seksyen 13 KTN 1965)

  • Orang-orang dan badan-badan kepada  siapa  tanah boleh dilupuskan.

( Seksyen 43 KTN 1965)

  • Kategori-kategori penggunaan tanah dan pemakaiannya kepada tanah-tanah yang diberi milik di bawah Akta ini.

(Seksyen 52, KTN 1965)

  • Peruntukan-peruntukan am yang     berhubungan dengan kelulusan.

(Seksyen 79, KTN 1965)

  • Hakmilik-hakmilik di bawah mana tanah boleh diberi milik.

(Seksyen 77, KTN 1965)

  • Bagaimana pemberimilikan dikuatkuasakan.

(Seksyen 78, KTN 1965)

  • Item-item hasil tanah yang kena dibayar apabila kelulusan diberi.

(Seksyen 81, KTN 1965)

  • Kuasa untuk menghendaki pembayaran  deposit.

(Seksyen 82, KTN 1965)

  • Pengukuran   maksud-maksud pemberimilikan di bawah hak milik  muktamad.

(Seksyen 83, KTN 1965)

  • Perhitungan Sewa.

(Seksyen 96, KTN 1965)

  • Syarat-syarat tersirat yang menyentuh semua tanah beri milik.

(Seksyen 114, KTN 1965)

  • Pengenaan   syarat -syarat  nyata dan   sekatan-sekatan kepentingan apabila    pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.

(Seksyen 120, KTN 1965)

  • Kategori : Pertanian.

(Seksyen 121, KTN 1965)

 

  • Kategori-kategori: Bangunan dan Perindustrian.

(Seksyen 122, KTN 1965)

  • Hakmilik bersyarat akan didaftar dan dikeluarkan atas kelulusan pemberimilikan.

(Seksyen 180, KTN 1965)

  • Hakmilik bersyarat akan didaftar dan  dikeluarkan atas kelulusan  pemberimilikan.

(Seksyen 180, KTN 1965)

  • Cara menjalankan pengukuran.

(Seksyen 396, KTN 1965)

  • Permohonan Tanah.

(Seksyen 2, 3 dan 4, ATK 1966)

  • Pemberian Tanah Kerajaan.

(Seksyen 5, 6 dan 7, ATK 1966)

  • Harga-harga tanah.

(Seksyen 11, 12, 13 dan 14  ATK 1966)

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

2.

 

LESEN MENUMPANG SEMENTARA (LMS)

 

 

  • Kuasa Pelupusan

(Seksyen 42, KTN 1965)

  • Orang-orang dan badan-badan kepada siapa tanah boleh dilupuskan.

(Seksyen 43, KTN 1965)

  • Kuasa  melesenkan  pendudukan   sementara tanah Kerajaan, tanah lombong dan tanah rizab.

(Seksyen 65, KTN 1965)

  • Pengeluaran lesen-lesen pendudukan  sementara.

(Seksyen  66, KTN 1965)

  • Jangka masa, syarat-syarat, dll., dan   bentuk lesen-lesen pendudukan sementara.

(Seksyen 67, KTN 1965)

  • Lesen-lesen pendudukan sementara tidak  berupaya dipindah milik atau dialih hak atas kematian.

(Seksyen 68, KTN 1965)

  • Lesen pendudukan sementara dan  permit yang disatukan di bawah Bab 3.

(Seksyen 69, KTN 1965)

  • Kuasa untuk membenarkan pencabutan dan pemindahan  bahan batuan.

(Seksyen 70, KTN 1965)

  • Pengeluaran Permit.

(Seksyen 71, KTN 1965)

  • Jangka masa, syarat-syarat, dll. dan bentuk permit-permit.

(Seksyen 72, KTN 1965)

  • Permit-permit tidak berupaya dipindah milik atau dialihhak atas kematian.

(Seksyen 73, KTN 1965)

  • Deposit berkenaan dengan permit.

(Seksyen 74, KTN 1965)

  • Penggantian pemindah dengan penerima pindahan dalam dokumen-dokumen  entitlement.

(Seksyen 416, KTN 1965)

  • Penentuan dan pembayaran, pampasan  di bawah Akta ini.

(Seksyen 434, KTN 1965)

  • Permohonan Hakmilik Sementara.

(Seksyen 8, 9 dan 10, ATK 1966)

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

3.

 

PERIZABAN

 

  • Kuasa Perizapan tanah Kerajaan.

(Seksyen 62, KTN 1965)

  • Cara menjalan pengukuran.

(Seksyen 396(1), KTN 1965)

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

4.

 

PAJAKAN TANAH RIZAB

 

  • Orang-orangdan badan-badan  kepada siapa tanah boleh dilupuskan.

(Seksyen 43, KTN 1965)

  • Kuasa untuk memajakkan tanah rizab.

(Seksyen 63, KTN 1965)

  • Pembatalan perizapan.

(Seksyen 64, KTN 1965)

  • Cara menjalankan pengukuran.

(Seksyen 396, KTN 1965)

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

5.

 

PENDAFTARAN

 

  • Instrumen-instrumen    yang   berupaya    didaftarkan dan kaedah serahan.

(Seksyen 292, KTN 1965)

  • Fee-fee disertakan  dengan   instrumen-instrumen yang dihadapkan sedemikian.

(Seksyen 293, KTN 1965)

  • Pemasukan instrumen dalam buku  serahan.

(Seksyen 295, KTN 1965)

  • Penarikan balik instrumen.

(Seksyen 296, KTN 1965)

  • Pendaftar hendaklah menentukan     kelayakan untuk pendaftaran dan  mendaftar jika layak dan disertakan dengan dokumen-dokumen perlu.

(Seksyen 297, KTN 1965)

  • Penolakan atau pergantungan  kerana ketidaklayakan atau ketiadaan dokumen-dokumen.

(Seksyen 298, KTN 1965)

  • Instrumen-instrumen hendaklah     diuruskan mengikut susunan serahan.

(Seksyen 300, KTN 1965)

  • Bagaimana instrumen-instrumen didaftarkan, dan masa bilamana  pendaftaran berkesan.

(Seksyen 304, KTN 1965)

  • Tindakan lain oleh Pendaftar berkaitan dengan pendaftaran.

(Seksyen 305, KTN 1965)

  • Dokumen-dokumen yang disertakan   dengan  instrumen- instrumen yang dilaksanakan di bawah surat kuasa wakil.

(Seksyen 309, KTN 1965)

  • Keadaan-keadaan dalam mana kaveat-kaveat  Pendaftar boleh dimasukkan.

(Seksyen 320, KTN 1965)

  • Prosedur mengenai kaveat-kaveat Pendaftar dan jangka waktu kaveat- kaveat itu.

(Seksyen 321, KTN 1965)

  • Permohonan untuk pemasukan kaveat persendirian.

(Seksyen 323, KTN 1965)

  • Prosedur mengenai permohonan-permohonan

(Seksyen 324, KTN 1965)

  • Penarikan balik kaveat-kaveat persendirian.

(Seksyen 325, KTN 1965)

  • Pemotongan kaveat -kaveat  persendirian oleh Pendaftar.

(Seksyen 326, KTN 1965)

  • Pemotongan kaveat-kaveat  persendirian oleh  Mahkamah.

(Seksyen 327, KTN 1965)

  • Luputnya kaveat-kaveat persendirian.

(Seksyen 328, KTN 1965)

  • Pampasan untuk kaveat-kaveat salah, dan batasan atas permohonan-permohonan  berulang.

(Seksyen 329, KTN 1965)

  • Perintah  larangan  tidak  berkesan  sehingga dimasukkan oleh Pendaftar.

(Seksyen 335, KTN 1965)

  • Kuatkuasa perintah larangan.

(Seksyen 336, KTN 1965)

  • Jualan  tanah  atau  kepentingan tertakluk kepada  perintah larangan.

(Seksyen 337, KTN 1965)

  • Luputnya perintah larangan kerana habisnya tempoh.

(Seksyen 338, KTN 1965)

  • Urusan Kaunter Bayaran.

 

  • Proses Kemasukan.
  • Tugas Keputusan.

 

  • Hakmilik Sementara Daftar.
  • Penyediaan Hakmilik Kekal.

 

  • Hakmilik Sambungan (PU).
  • Hakmilik Strata.

 

 

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

6.

 

HASIL

 

  • Harga-harga tanah (premium), royalti.

(Sek. 11,  ATK 1966)

  • Hasil tahunan bagi semua tanah yang diberimilik.

(Sek. 15, ATK 1966)

  • Apabila dikeluarkan Notis Tuntutan di Borang 6A.

(Sek. 18, ATK 1966)

  • Bayaran lesen menumpang sementara.

(Sek. 20, ATK 1966)

  • Perhitungan Sewa.

(Sek. 96,  KTN 1965)

  • Kuasa PBN untuk menyemak sewa secara berkala.

(Sek. 101, KTN 1965)

  • Item-item hasil tanah yang kena dibayar apabila kelulusan diberi.

(Sek. 81, KTN 1965)

  • Penyediaan penyata pemungut.

 

  • Sistem Sukatan Hasil Tanah (SUKHAT).

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

7.

 

PEMBANGUNAN TANAH

 

  • Kuasa  PBN   untuk     mengubah    syarat-syarat dll, atas permohonan tuanpunya.

(Sek. 124, KTN 1965)

  • Permohonan    secara     serentak    untuk    pecah-sempadan dibawah  Sek. 124(1) berkenaan  dengan  pecah-sempadan  yang dicadangkan.

(Sek. 124A, KTN 1965)

  • Syarat-syarat untuk kelulusan pecah-sempadan.

(Sek. 136, KTN 1965)

  • Syarat-syarat untuk kelulusan pecah-bahagian.

(Sek. 141, KTN 1965)

  • Permohonan untuk pecah-bahagian oleh tuan punya bersama yang memegang syer majoriti.

(Sek.141A, KTN 1965)

  • Kuasa   tuan    punya    untuk   menyatukan  lot   dampingan dengan kelulusan Pengarah    Negeri atau PentadbirTanah.

( Sek. 146, KTN 1965)

  • Syarat-syarat untuk kelulusan penyatuan tanah.

(Sek. 147, KTN 1965)

  • Permohonan Pengambilan Tanah

untuk:-

  • Tujuan awam

Sek. 3(1)(a)

  • Tujuan   kemudahan  awam dan       pembangunan  ekonomi  Malaysia

Sek. 3(1)(b)

  • Tujuan  perlombongan,

perumahan, pertanian,
komersial, industri atau
rekreasi
Sek. 3(1)(c)

  • Siasatan pengambilan tanah.

 

  • Keputusan dan award pentadbir.
  • Bayaran pampasan.

 

  • Mengambil Milikan Tanah secara formal.
  • Penarikan balik pengambilan tanah.

 

  • Rujukan ke Mahkamah.

Akta Pengambilan Tanah 1960 (Pindaan 1997)

 

BIL

SKOP (BIDANG KERJA)

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

 

8.

 

PENGUATKUASAAN

 

  • Kuasa menahan dan menyita penalti.

(Bahagian 32 , KTN 1965)

  • Penalti kerana kenyataan palsu.

(Sek. 422 , KTN 1965)

  • Penalti untuk perubahan secara tipuan , pemusnahan dll. dokumen.

(Sek. 423 , KTN 1965)

  • Penalti untuk kegagalan mengeluarkan dokumen-dokumen.

(Sek. 424 , KTN 1965)

  • Pendudukan secara tidak sah, dll tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

(Sek. 425 , KTN 1965)

  • Penggunaan secara menyalahi undang-undang ruang udara atas tanah kerajaan atau tanah rizab.

(Sek. 425A , KTN 1965)

  • Pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tidak sah.

(Sek. 426 , KTN 1965)

  • Kuasa menahan dan merampas

(Sek. 426A , KTN 1965)

  • Penjagaan dan serahantaran benda-benda yang dirampas.

(Sek. 426B , KTN 1965)

  • Pelucuthakan benda-benda yang dirampas.

(Sek. 426C , KTN 1965)

  • Tiada kos atau gantirugi yang  timbul dari perampasan boleh didapatkan kembali.

( Sek. 426D , KTN 1965)

  • Peragutan haiwan yang menyalahi undang-undang.

(Sek. 427 , KTN 1965)

  • Halangan kepada hak lalulalang Pentadbir  Tanah, jalan dll

tempat  awam.
(Sek. 428 , KTN 1965)

  • Penerimaan salah apa-apa maklumat.

(Sek. 428A , KTN 1965)

  • Kesalahan-kesalahan yang    dilakukan oleh pertubuhan   perbadanan pegawai-pegawai didapati  bersalah.

(Sek. 428AA , KTN 1965)

  • Pelbagai penalti.

(Sek. 429, KTN 1965)

  • Kuasa untuk menjalankan pendakwaan.

(Sek. 429A, KTN 1965)

  • Kuasa untuk mengkompaun.

( Sek. 429B, KTN 1965)

 

 

 

 

UNIT AUDIT PENGURUSAN

Jawatan
Gred
Pegawai Tadbir (selaku peneraju)
N. 48
Pegawai Tadbir
N. 41
Pen. Peg. Tadbir
N. 27
Pembantu Tadbir
N. 17 (2 org)
Pen. Peg. Tanah
NT. 17